Code Vein merupakan permainan video bergenrekan RPG yang ganas tapi agak mudah dari siri Darks Soul (IMO). Pertama sekali, permainan ini membolehkan anda untuk memilih watak mengikut kesesuaian serta keuunikkan anda sendiri dengan lebih pilihan berbanding permainan God Eater 3 (yang dibuat oleh pemaju sama). Terdapat banyak penyesuaian dari segi wajah, rambut, mata, pakaian dan banyak lagi untuk mencipta watak anda sendiri. Sudah tentu penyesuaian ini kelihatan hebat dalam permainan.
Dari segi grafik pula, Code Vein ternyata memuaskan dengan mempunyai grafik gaya 3D-anime, jadi kebanyakan adegan animasi memang tampak sangat menarik. Kesan aksi serangan turut nampak menarik berterima kasih untuk Unreal Engine 4.
Kami hanya dapat berkongsikan ulasan Demo untuk bab pertama, jadi kami tidak dapat memastikan sama ada benar atau tidak anda dibenarkan berkeliaran di sekitar dunia Code Vein secara besar-besaran atau hanya boleh mencapai kawasan tertentu sahaja selepas menerima misi.
Code Vein juga didatangi sesuatu seperti sistem peta kecil di mana anda hanya boleh membuka kunci peta selepas mencapai pusat tertentu (checkpoint). Jika tidak, anda hanya dapat melihat ikon watak anda sahaja di peta tersebut. Selan itu, barangan dan peralatan yang anda telah memiliki akan dipaparkan pada peta.
Dari segi pertempuran, Code Vein mempunyai gaya pertempuran yang serupa seperti Dark Souls ‘tetapi dengan serangan ringan dan berat yang berasingan. Kedua-dua watak dan musuh anda mempunyai Stamina Bar serta Focus Bar. Untuk Focus Bar, anda boleh mengecilkannya dengan menyerang untuk serangan berat dari musuh atau dengan mengelak secara sempurna (jelas merupakan cara yang lebih baik). Apabila bar penuh, anda boleh mengaktifkan serangan yang kuat dengan menekan butang R1 + Segitiga. Serangan tersebut adalah sangat berguna semasa pertempuran jadi gunakannya dengan bijak.
Salah satu perbezaan terbesar antara Code Vein dan Dark Souls ialah anda boleh mengubah gaya pertempuran anda (Job) dengan bebas. Semasa anda dalam permainan, anda boleh “mencuri / mengambil alih” Kerja daripada NPC atau Boss, namun pekerjaan ini akan menjejaskan senjata dan kemahiran yang anda sedang guna.
Di bahagian Kemahiran pula, anda boleh melengkapkan 8 kemahiran pada satu masa untuk digunakan dalam pertempuran anda. Kemahiran yang digunakan akan menjadi CD (masa cooldown), turut ada beberapa had untuk berapa kali yang anda boleh menggunakannya.
Code Vein membenarkan anda bekerjasama dengan NPC untuk bersama menjalani pengembaraan dan anda pasti setuju bahawa NPC sangat berguna / berkuasa. Mareka mungkin menemui serangan hendap dari musuh-musuh yang lebih awal daripada anda dan membantu anda menyerang mereka.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anda tidak dapat ditandingi jika anda bekerjasama dengan NPC. Apabila datang ke pertempuran Boss di mana anda dan NPCs menggunakan kemahiran Heal, NPC akan menggunakan kemahiran untuk memindahkan sebahagian daripada baki HP mereka kepada anda. Maka, anda dapat meneruskan perjuangan dengan HP yang mencukupi, tetapi NPC anda akan mati bila-bila masa dan anda tidak akan dapat membantu anda oleh kerana HP mereka yang tidak mencukupi.
Dalam versi demo ini, sudah tentu kami dapat mengalami perjuangan menentang bos pertama. Sama seperti Dark Souls, bos mempunyai 2 bar HP dan akan mengubah penampilannya apabila HP dibawah 50%. Sebagai contoh, pada peringkat pertama bos dalam bentuk manusia dan kemudian berubah menjadi makhluk di peringkat kedua. Setelah memenangi pertempuran tersebut, anda akan dapat kuasa pertempuran milik bos tersebut.
Kemudian, anda akan kembali ke pangkalan sebaik sahaja menyelesaikan misi. Anda boleh membeli pelbagai jenis senjata, pakaian dan menukar penampilan watak anda di pangkalan tersebut. Tidak terlupa, kami juga mencuba Mod ‘Into the Depths’, ia adalah labirindengan kesukaran yang tinggi. Anda dapat bertemu banyak musuh dan bos yang kuat disini dan sebaik sahaja mengalahkan mereka, anda akan mendapat senjata serta alatan yang lebih baik. Mod ini ternyata sangat menarik bagi mereka yang sukakan cabaran.
Kesimpulannya, demo yang kami dapat cuba memang bagus dan mencabar. Walau bagaimanapun, kami berharap serangan senjata ketika pertempuran dapat ditingkatkan. Selain itu, kemahiran (di dalam pokok kemahiran) lebih baik jika dijelaskan mengguna animasi dan bukan perkataan.
Jom saksikan full trailer Code Vein
@gamersantaimy
Discussion about this post