Asus telah melancarkan siri barisan komputer riba VivoBook baru bernama VivoBook 14 di Malaysia dan ia didakwa sebagai komputer riba 14 inci paling kecil dan ringan di dunia. Ini adalah gelaran yang agak berani dan sangat spesifik untuk dituntut, tetapi mari kita lihat dahulu!
Siri komputer riba ini memfokuskan pada kepadatan dan prestasi pertengahan yang sesuai pada nilai harga RM2899. Daripada memasukkan komponen yang canggih ke dalam casis yang biasa, VivoBook 14 A413F sebenarnya hadir dalam pelbagai pilihan warna serta menawarkan reka bentuk yang moden, dengan hujung yang nipis di sekitar paparan. Semua fitur ini menunjukkan VivoBook 14 A413F sebagai komputer riba kecil yang comel, dan sekarang sudah tiba masanya untuk kita melihat jika ia memenuhi kepuasan pengguna.
Reka bentuk yang ringkas & ringan
VivoBook 14 menggunakan casis plastik, tetapi plastiknya berkualiti tinggi dan terasa sangat kukuh di mana bahagian badan, papan kekunci, dan penutupnya tidak mudah dilentur. Kami menerima warna Bespoke Black yang elegen dan kelihatan elegan. Pilihan warna lain yang ditawarkan oleh Asus VivoBook 14 adalah Cobalt Blue, dan Dreamy White.
Paparannya kelihatan besar, dan ini mungkin disebabkan oleh bezel nipis di sisinya. Bezel bawah pula jauh lebih lebar kerana mekanisme engsel pintar menyembunyikan bahagian bawah penutup, di belakang badan komputer riba. Ia juga mengangkat bahagian bawah komputer riba sebanyak dua darjah, yang menawarkan kedudukan menaip ergonomik yang lebih baik.
Kemudahalihan ASUS VivoBook 14 (A413) adalah komputer riba yang sesuai untuk dunia serba pantas hari ini. Reka bentuk NanoEdge membolehkan pereka ASUS memasang paparan yang lebih besar ke dalam casis yang lebih kecil untuk memberikan tapak komputer yang lebih padat dengan berat hanya 1.4 kg dan nipis hanya 19.9mm.
Paparan, keyboard & sambungan I/O
Paparan 14 inci pada Asus VivoBook 14 mempunyai resolusi FHD dan nisbah aspek 16:9. Panelnya tidak mempunyai sudut pandangan yang baik, dan warna kelihatan sedikit gelap kerana liputan 45% spektrum warna NTSC. Ini dilengkapi dengan panel 60Hz dan anda mendapat lapisan anti-glare matte, yang sangat berguna ketika anda bekerja di bawah pencahayaan artifisial.
Kawasan papan kekunci pula tidak mudah rosak walaupun kita menaik dengan kuat. Kekunci amat selesa, jarak menaip yang baik, dan mempunyai tiga tahap RGB berbeza. Ukuran trackpad cukup besar dan lancar dan kita pun mendapat sensor cap jari di sudut kanan atas trackpad, yang berfungsi dengan cukup baik bagi saya.
Asus VivoBook 14 menawarkan pilihan I/O yang baik. Di sini, ia menawarkan 1x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1x USB 3.2 Gen 1 Type-C (USB-C), 2x USB 2, 1x HDMI 1.4, 1x 3.5mm audio jack combo, 1x Micro SD card reader.
Spesifikasi & Prestasi
Processor | Intel Core i5 10210U – 1.6 GHz (6M Cache, up to 4.2 GHz) |
Graphics | Intel HD graphics 520 + NVIDIA GeForce MX330 with 2 GB GDDR5 |
Operating system | Windows 10 Home + Office Home & Student 2019 included |
Display | 14″ FHD (1920 x 1080), 16:9 TN, 84% screen-to-body ratio |
Camera | 720p HD camera |
Memory | 4 GB 2666 MHz DDR4 on-board |
Storage | 512GB M.2 NVMe PCIe 3 SSD |
Wireless | Dual-band WiFi 6 (802.11ax) + Bluetooth 5 (Dual band) 2*2 |
Connectivity | 1 x USB 3.2 Gen 1 Type-A 1 x USB 3.2 Gen 1 Type-C (USB-C) 2 x USB 2 1 x HDMI 1.4 1 x 3.5mm Audio jack combo 1 x Micro SD card reader |
Audio format | Harman Kardon-certified speakers |
Battery | 42 Wh Li-prismatic battery (3 cells) |
Keyboard | Backlit Chiclet Keyboard |
Colors | Dreamy White, Cobalt Blue, Bespoke Black |
Size | 324.9 x 215 x 19.1 mm |
Weight | 1.4 kg |
Price | RM 2,899 |
Unit yang saya terima menampilkan pemproses Intel Core i5 generasi ke-10 dengan memori 4GB, dan grafik diskrit NVIDIA GeForce MX330. Kapasiti besar SSD 512GB M.2 NVMe PCIe 3 pula menyediakan storan yang pantas dan besar serta dilengkapi dengan Intel WiFi 6 terbaru (Gig+) yang memberikan kelajuan rangkaian pantas sehingga 3X lebih cepat daripada WiFi 5, dengan kapasiti rangkaian 4X lebih besar, dan latensi 75% lebih rendah.
Asus VivoBook 14 disertakan dengan Windows 10 Home 64-bit, dan sebagai tambahan, anda juga mendapat memanfaatkan aplikasi buatan Asus. Aplikasi MyAsus adalah pusat anda untuk mengemas kini driver, mengubah profil warna paparan, mengubah tetapan pengecasan bateri, dan membersihkan fail-fail yang tidak diperlukan. Aplikasi ini direka dengan baik dan mudah digunakan.
Berikut ialah keputusan uijan benchmark:
Berikut ialah keputusan prestasi permainan:
- Tetapan grafik sederhana
- Permainan yang lancar
- FPS akan jatuh apabila kita pergi masuk ke hutan
- Tetapan grafik semua rendah
- Permainan akan lag
- Tetapan grafik sederhana
- Frame jatuh pada cutscene
- Selebihnya lancar, pada 30 FPS
Oleh kerana kami menerima model yang tidak beberapa kuat, saya tidak mengharapkan prestasi gaming yang tinggi. Permainan video seperti Horizon Zero Dawn memang akan menemui kesukaran, walaupun saya menetapkan resolusi dan tetapan grafik pada paling minimum. Disebabkan itu, saya memilih permainan video yang lebih ringan seperti Ancestors: The Humankind Odyssey, PUBG, dan Re:Legend. Nilai benchmark pun bukanlah sesuatu yang menakjubkan, tetapi memandangkan CPU dan GPU-nya bukan dibina untuk sesi gaming berat, ini tidak mengejutkan.
Pendapat
Asus VivoBook 14, untuk sebahagian besar, ialah peranti yang bagus, apabila anda mempertimbangkan fitur dan prestasi yang anda dapat dengan harga ini. Unit yang saya terima mempunyai harga jualan rasmi RM2899. Memang sukar untuk mencari komputer riba 14 inci lain dengan spesifikasi ini pada harga serendah ini. Selain itu, kualiti binaannya pun sangat baik, dan ditemani reka bentuk yang moden dan saiz kecil yang mudah dibawa ke mana sahaja.
Secara keseluruhan, Asus VivoBook 14 berada di kedudukan teratas dalam senarai cadangan saya jika anda mencari Ultrabook padat dengan storan yang cepat dan besar pada harga yang berpatutan. Jika berminat, anda boleh layari laman Lazada atau Shopee merea bagi produk-produk terkini!
@gamersantaimy
Discussion about this post