Baru-baru ini, Gameloft telah mengumumkan ujian Beta tertutup Disney Speedstorm yang akan bermula pada 8 Jun 2022. Ianya merupakan game percuma yang dijadualkan akan keluar pada hujung tahun ini untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S, Switch dan PC melalui Steam serta Epic Games Store.
Menurut akaun Twitter rasmi Disney Speedstorm, ujian beta tertutup ini akan dijalankan hanya di PC melalui Steam dan Epic Games Store pada 8 Jun ini. Malangnya, mereka tidak mengumumkan sebarang maklumat berkenaan ujian beta tertutup pada konsol. Dalam masa yang sama, mereka menjangkakan lebih ribuan pemain akan berpeluang untuk bermain game ini pada ujian tersebut.
Kepada yang tidak tahu mengenainya, Disney Speedstorm ialah game lumba yang menampilkan watak yang merangkumi beberapa francais Disney dan Pixar. Watak yang telah disahkan akan berada dalam game setakat ini adalah Mickey Mouse, Donald Duck, Belle, Beast, Baloo, Jack Sparrow, Mulan, dan James “Sulley” Sullivan.
Kesemua watak tersebut telah mendapat reka bentuk baharu yang lebih kemas dan sesuai dengan tema perlumbaan. Selain daripada watak yang ditampilkan, mereka juga mempamerkan lagu berdasarkan The Jungle Book, Beauty and the Beast, Pirates of the Caribbean, dan Hercules setakat ini.
Apabila ujian beta tertutup ini bermula, kita akan dapat lebih banyak maklumat berkenaan game itu. Buat masa sekarang, tidak banyak maklumat yang didedahkan oleh mereka seperti mode multiplayer, mekanik dan banyak lagi. Walaupun game ini mempunyai banyak potensi, tetapi saya bimbang akan adanya “pay to win” dalam game ini. Harap-harap perkara itu tidak akan berlaku.
Dengan ujian beta tertutup yang akan berlangsung tidak lama lagi, ini mungkin bermakna bahawa pengeluaran penuh tidak akan terlalu jauh dan semua pemain akan berpeluang untuk melihat apa yang ditawarkan oleh game itu.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa Disney Speedstorm akan dikeluarkan pada hujung tahun ini di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S, Switch dan PC melalui Steam serta Epic Games Store. Namun, ujian beta tertutup bagi game ini akan bermula 8 Jun 2022 untuk pemain PC. Jika korang berminat untuk menyertai ujian beta tertutup ini, anda boleh pergi ke laman web rasmi mereka di sini.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post