Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Perancis mengharamkan perkataan berkaitan gaming, contohnya “pro gamer” & “streamer”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 2, 2022
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Industri
0 0
0
Perancis mengharamkan perkataan berkaitan gaming, contohnya “pro gamer” & “streamer”
Share on FacebookShare on Twitter

Tak kisahlah bahasa melayu, bahasa india, bahasa cina, atau apa-apa bahasa lain, istilah gaming memang sudah serasi dalam cara percakapan kita pada masa kini di mana antara istilah popular termasuk “noob” dan “AFK”. Walau bagaimanapun, nampaknya ada negara yang ingin membanteras penggunaan bahasa gaming. Menurut sumber, kerajaan Perancis sedang berusaha untuk mengharamkan istilah bahasa inggeris yang berkaitan dengan gaming, seperti ‘pro gamer’ dan ‘streamer’.

the French government has officially banned English gaming terms like 'esports', 'streamer' and 'pro-gamer'

bruh 🙄 pic.twitter.com/gg0kX2F5jV

— TmarTn (@TmarTn) May 31, 2022

Secara lebih khusus lagi, Kementerian Kebudayaan Perancis tidak berpuas hati dengan cara istilah gaming itu digunakan. Niat kerajaan Perancis adalah untuk membuang istilah gaming Inggeris daripada bahasa Perancis, lalu menggantikan perkataan itu dengan istilah yang lebih sesuai dengan bahasa Perancis.

Seperti saya kata tadi, perkataan seperti “pro gamer” dan “streamer” sedang dalam proses ditukar. Gamer profesional kini akan dirujuk sebagai “joueur professionnel”, yang diterjemahkan kepada “gamer profesional.”

Streamer pula, kini akan mempunyai nama yang kurang jelas. Sesiapa yang membuat kandungan gaming dalam talian kini akan dirujuk sebagai “joueur-animateur en direct,” yang secara kasarnya diterjemahkan sebagai “direct live player.”

Apa yang korang perlu tahu adalah perubahan ini tidak dikuatkuasakan di seluruh Perancis. Walaupun kerajaan Perancis tidak mahu istilah gaming ini digunakan oleh rakyatnya, ramai yang sudah biasa dengan perkataan “esports” dan “streamer”, jadi menukarnya secara tiba-tiba adalah perkara yang sukar melainkan jika Perancis menggunakan undang-undang yang lebih tegas. Walau bagaimanapun, perubahan ini diaplikasikan kepada pekerja kerajaan, dan sudah pun dilaksanakan.

Reaksi terhadap berita ini telah mengundang pelbagai reaksi bercampur, di mana beberapa orang menganggap Perancis terlalu berpegang teguh pada “ketulenan” bahasa mereka, manakala yang lain tidak kisah dengan perubahan ini asalkan mereka boleh menggunakan apa-apa istilah/perkataan yang mereka suka.

Jadi apa pendapat anda? Andai kata Malaysia pun melakukan perkara yang saama, adakah korang dapat menerima perubahan ini? Untuk segala liputan kami, jangan lupa untuk jenguk halaman utama Gamer Santai.

Sumber – The Guardian

Tags: GamingPerancispro gamerStreamer
Previous Post

Ujian beta tertutup Disney Speedstorm akan bermula pada 8 Jun di PC!

Next Post

Overlord: Escape From Nazarick dedahkan trailer terbaru, akan dilancarkan 16 Jun ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Next Post
Overlord: Escape From Nazarick dedahkan trailer terbaru, akan dilancarkan 16 Jun ini!

Overlord: Escape From Nazarick dedahkan trailer terbaru, akan dilancarkan 16 Jun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd