Set Kamigawa: Neon Dynasty baru untuk permainan kad Magic: The Gathering ( MtG) ingin menunjukkan pengaruh Jepunnya, dan sempena itu, telah mendedahkan “land card” kad menarik ini, yang direka dalam gaya seni tradisional Ukiyo-e. Terima kasih kepada rakan-rakan di Wizards of the Coast, kami telah mendapat preview istimewa untuk salah satu Blue Land Card yang anda boleh lihat di bawah.
Kad MtG Kamigawa ini dibuat oleh artis-artis dari Amayagi-do, dengan tumpuan pakar khusus pada gaya seni tradisional Jepun. Selalunya, Blue Land Card digambarkan sebagai pulau di sekitar laut, tetapi kali ini, ia memaparkan air terjun yang cantik, berlatar belakang hutan yang nyaman.
Anda boleh mendapatkan Land Card Ukiyo-e ini di kedua-dua versi “foil dan bukan foil” – tetapi harus diperhatikan, ia jauh lebih rare daripada Land Card basic. Untuk setiap 3 basic Land Card yang diperolehi, anda hanya akan mendapat satu kad Ukiyo-e ini, tanpa jaminan ia adalah varian “foil.”
Bagi mereka yang kurang faham, Land Card merupakan kad binaan asas untuk dek MtG anda. Segala-galanya daripada creature kepada spell memerlukan mana untuk dimainkan, dan itu pula datang dari Land Card seperti ini.
Dalam MtG, setiap warna mempunyai gaya permainan tersendiri, di mana dek Blue memfokuskan pada gaya yang lebih licik. Ini termasuk Draw Card sehingga ke Counterspell, jadi mempunyai Blue Card dalam dek anda akan membuatkan musuh lebih berhati-hati.
Untuk segala liputan kami tentang Magic The Gathering (MTG), sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post