Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ubisoft sedang menghasilkan Assassin’s Creed Infinity dengan servis langsung permainan!

Assassin's Creed Infinity masih lagi dalam peringkat awal pembangunan

Amir Haziq by Amir Haziq
July 8, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Fighting, PC, Platform, Real time strategy, Stealth
0 0
0
Ubisoft sedang menghasilkan Assassin’s Creed Infinity dengan servis langsung permainan!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, laman Bloomberg telah melaporkan bahawa Ubisoft sedang menghasilkan game terbaru untuk francais Assassin’s Creed mereka yang mempunyai pelbagai tetapan sejarah dan menerima kemaskini berterusan. Buat masa ini, game tersebut diberi nama Assassin’s Creed Infinity, dimana ia seperti Fortnite dan Apex Legends dengan tawaran kemaskini berterusan.

Ubisoft telah memuat naik catatan di blog rasmi mereka dengan menyatakan ia sedang membangunkan Assassin’s Creed Infinity dengan bantuan antara Ubisoft Montreal dan Ubisoft Quebec. Kolaborasi ini diperlukan bagi membimbing, mengevolusikan dan menentukan keseluruhan masa depan Assassin’s Creed termasuk projek baru mereka.

Francais Assassin’s Creed telah berkembang selama 14 tahun dan mempunyai 11 game asal serta 12 tajuk spin-off. Entri terbaru mereka setakat ini ialah Assassin’s Creed Valhalla yang dilancarkan pada tahun 2020, memerlukan lebih dari 100 jam untuk bermain dan menghabiskannya. Ini bermaksud Assassin’s Creed telah memberikan pengalaman perkhidmatan game secara langsung, dengan membolehkan pemain menghabiskan banyak masa untuk menyelesaikan setiap quest. Jadi kita boleh jangkakan Assassin’s Creed Infinity akan datang ini bakal menerima logik yang sama!

Memandangkan game akan datang ini memerlukan gabungan kemaskini berterusan, jadi ia berkemungkinan tidak akan berlaku hanya dalam satu masa sejarah sahaja. Malah, Assassin’s Creed Infinity akan mengandungi beberapa tetapan, dengan ada potensi yang ia akan memiliki lebih banyak lagi mengikut kemajuan teknologi. Ubisoft juga ingin memberikan sesuatu yang melebihi dari harapan peminat menggunakan pendekatan lebih padu untuk projek baru mereka.

Pengarah Urusan Ubisoft Quebec, iaitu Nathalie Bouchard menyatakan mereka akan terus membantu dalam setiap game Ubisoft dan percaya yang ini adalah francais yang paling disukai untuk berkembang dengan cara lebih bersepadu. Kolaboratif ini juga tidak tertumpu pada kerja studio sahaja kerana ia lebih fokus pada bakat dan kepimpinan Ubisoft itu sendiri.

Manakala Pengarah Urusan Ubisoft Montreal, iaitu Christophe Derennes menyatakan di blog Ubisoft bahawa francais ini sentiasa dibangunkan oleh pasukan yang multikultural dengan berbagai latar belakang serta perspektif bagi mempengaruhi penggambaran watak, lokasi dan budayanya. Beliau juga yakin yang mereka sentiasa mempunyai ruang untuk penambahbaikkan, serta struktur baru ini membolehkan pasukan Ubisoft terus berkembang.

Selain itu, Ubisoft telah mengumumkan bahawa projek ini akan diketuai oleh Marc-Alexis Côté, iaitu eksekutif produser francais. Beliau juga akan dibantu oleh pasukan dari studio Ubisoft Quebec dan Ubisoft Montreal seperti Julien Laferrière, Jonathan Dumont dan Clint Hocking.

Buat masa ini, Assassin’s Creed Infinity masih lagi dalam peringkat awal pembangunan dan Ubisoft tidak memberikan maklumat terperinci mengenai projek tersebut. Untuk membaca segala liputan kami mengenai Assassin’s Creed, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini

Sumber: Ubisoft

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Assassin Creed Infinityubisoftubisoft MontrealUbisoft Quebec
Previous Post

Review Metro Exodus PS5 – Ibarat bermain permainan baru dalam gen terkini

Next Post

Sedia untuk beraksi! Punishing: Gray Raven akan dilepaskan di Android & iOS 16 Julai ini!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Sedia untuk beraksi! Punishing: Gray Raven akan dilepaskan di Android & iOS 16 Julai ini!

Sedia untuk beraksi! Punishing: Gray Raven akan dilepaskan di Android & iOS 16 Julai ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd