Hari ini, Ubisoft telah mengumumkan VR escape room yang ketiga, Prince of Persia: The Dagger of Time! Bakal dilancarkan tidak lama lagi di lebih 300 lokasi di seluruh dunia, Prince of Persia: The Dagger of Time adalah game team-based adventure yang berlangsung di dunia Prince of Persia: The Sands of Time. Selepas kejayaan Ubisoft dalam game VR seperti Beyond Medusa’s Gate dan Escape the Lost Pyramid, Prince of Persia: The Dagger of Time akan terus memperkuatkan kedudukan Ubisoft di pasaran VR.
Dibangunkan oleh Ubisoft Düsseldorf, Prince of Persia: The Dagger of Time disediakan untuk semua peringkat umur. Dua, tiga atau empat pemain boleh berpasukan dan bekerjasama untuk menyelesaikan teka-teki dan mencari jalan keluar dari Fortress of Time.
Dalam jalan cerita, pemain diseru oleh Kaileena – Empress of Time. Mereka diminta untuk menghentikan rancangan jahat seorang Magi yang cuba mengembalikan pasir ke Hourglass of Time dan mencipta tentera Sand Monsters. Untuk melarikan diri dari kubu tersebut, pemain mesti menggunakan kerja berpasukan dan kemahiran untuk menyelesaikan objektif, serta menggunakan kuasa seperti kawalan masa dari Dagger of Time.
Maklumat lanjut mengenai Ubisoft’s Escape Games boleh didapati di www.ubisoftescapegames.com.
@gamersantaimy
Discussion about this post