Ubisoft telah meminta maaf untuk sebuah imej di Division 2 yang mengandungi ayat homoseksual, dan membuang imej itu daripada game. Seni grafiti di bangunan bertingkat-tingkat itu, yang mula diperhatikan pada awal minggu ini, sebenarnya adalah gambaran sebuah pegawai polis memakan donut sambil memakai lencana bernombor “FA6607.” Memang daripada maksud asal ‘leetspeak’ berubah menjadi perkataan kutuk, walaupun tiada konteks pada imej itu.
“Content ofensif di sebuah street art di Tom Clancy The Division 2 telah mengambil perhatian kami. Kami telah membuang imej itu daripada game melalui sebuah patch pada Khamis, 11 April. Kami meminta maaf bahawa imej ini terlepas melalui proses content review kami, dan kami sedang memeriksa semula agar perkara seperti ini boleh dielak daripada berlaku pada masa depan.
kata Ubisoft di dalam statement.
Ubisoft tidak memberi komen tentang bagaimana imej ini berjaya lepas di dalam game, walaupun content yang ofensif ini hanya ayat kecil pada imej dan memang bukan mudah untuk dilihat. Beberapa pemain menggangap imej ini berdasarkan seni untuk single 1982 Black Flag “Police Story”.
Memang ada persamaan, tetapi ia tidak memberi sebarang konteks tambahan dan sangat-sangat tidak masuk akal dalam situasi ini.
Sumber – PCGamer
@gamersantaimy
Discussion about this post