Betul menggamit memori, teringat zaman 90-an, kami selalu pergi arked kadang-kadang di “Jaya Jusco“, atau di “SOGO“, juga di “Time Square“, main game arked tanpa henti dengan pelbagai genre, masukkan token kemudian “Game Over”. Sama juga dengan salah satu permainan Bandai Namco Entertainment iaitu Mobile Suit Gundam: Extreme Vs. yang telah dilancarkan beberapa sirinya sehingga yang terkini ia akan ke platform PlayStation 4 dengan gelaran “Mobile Suit Gundam Extreme VS. Maxiboost ON” akan datang ke PS4 pada 30 Julai ini.
Secara rasmi , Bandai Namco Entertainment mendedahkan treler baru port PS4 Mobile Suit Gundam Extreme VS yang akan datang. Treler yang diberi nama ‘Those Days Continue on PS4’ ini sememangnya menggamit memori kami terutama sebelum zaman kegemilagan telefon pintar sekarang. Habiskan masa bersama rakan bermain siri ini sama juga seperti zaman yang kita lalui sebelum ini.
Kalau anda nak tahu selebihnya mengenai permainan yang akan datang ini, ianya juga dibuka untuk ujian terbuka pada orang ramai pada setiap hujung minggu sehingga tarikh pelancaran rasminya. Jangan lupa klik sini untuk tahu lebih lanjut mengenai “Mobile Suit Gundam Extreme VS. Maxiboost ON”
Pada anda yang masih tidak tahu mengenai permainan ini, anda boleh baca diskripsi dibawah:
“Terletak di alam semesta GUNDAM yang ikonik di dunia, MOBILE SUIT GUNDAM EXTREME VS. MAXIBOOST ON membolehkan pemain melakukan pertarungan PVP 2-v-2 ke tahap seterusnya dengan Mobile Suits yang merangkumi keseluruhan sejarah francais Gundam. Secara keseluruhannya, MOBILE SUIT GUNDAM EXTREME VS. MAXIBOOST ON menampilkan 183 unit yang dapat dimainkan dari 36 lelaran GUNDAM yang berbeza, masing-masing dengan kebolehan unik yang direka untuk menandingi gaya permainan peribadi peminat.
Pemain boleh memilih antara tiga Sistem EX Burst yang berbeza – Fighting Burst, Extend Burst dan Shooting Burst – untuk berkoordinasi dengan sekutu dan membuang semua yang berdiri — atau terbang — dengan cara mereka. ”
Anda juga boleh baca semula review kami untuk review Mobile Suit Gundam Extreme VS. Maxiboost ON Network Test sebelum ini. Jadi jangan lupa permainan ini secara rasmi hadir di PlayStation 4 pada 30 Julai 2020 ini!
Sumber: Gematsu
@gamersantaimy
Discussion about this post