Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trailer baru Mass Effect Legendary Edition hadir dengan visual permainan lebih baik

Amir Haziq by Amir Haziq
April 14, 2021
in Artikel, Berita, Genre, PS5
0 0
0
Trailer baru Mass Effect Legendary Edition hadir dengan visual permainan lebih baik
Share on FacebookShare on Twitter

Sebulan sahaja lagi sebelum Mass Effect Legendary Edition akan hadir, dan EA hari ini telah melancarkan trailer barunya yang menampilkan peningkatan visual untuk permainan trilogi remaster ini. Peminat tajuk ini pastinya akan rasa teruja, kerana mereka telah lama menunggu untuk kehadiran `projek ini. Perbezaan antara versi lama dan koleksi baru ini sangat ketara, dan mungkin ia mampu mengalahkan permainan baru yang berada dipasaran.

Koleksi ini mempunyai perubahan yang besar pada tahap visual, tetapi BioWare juga membuat pengolahan semula pada beberapa kisah Mass Effect. Di dalam Mass Effect 3, pasukan BioWare perlu membangunkan permainan dengan cara yang lebih spesifik untuk memberi pemain penamat yang terbaik. Sebelum ini, ianya ditentukan dari jumlah peminat yang bermain di multiplayer dan aplikasi mobile, yang bukan dari sebahagian daripada Mass Effect Legendary Edition. Namun, BioWare telah melakukan kerja yang sangat baik bagi menjadikan permainan ini tidak lari dari yang asal dalam memodenkan trilogi ini dengan skala yang besar.

Didalam trailer baru ini, ia membandingkan versi trilogi lama dengan remaster untuk menggambarkan perubahan besar pada paparan. Dari segi visual, dunia permainan lebih dinamik, tekstur model dipertingkatkan, pencahayaan dan warna menjadikan watak nampak lebih menarik. BioWare telah memberikan yang terbaik dalam memajukan Mass Effect Legendary Edition, dan semestinya dapat menggembirakan peminat mereka yang telah menunggu hampir 10 tahun untuk koleksi ini.

Walaupun kebanyakkan peningkatan grafik ini disambut baik dan menjadikan permainan lebih menarik untuk dilihat, namun masih terdapat beberapa bahagian yang kurang. Pencahayaan dalam beberapa adegan tidak kelihatan menarik, terutama pada beberapa model watak yang mungkin menjadi masalah dalam memberi impak kepada beberapa remaster sebelum ini. Tidak pasti sama ada ia akan diperbaiki, tetapi nampak seperti ianya bukanlah masalah besar bagi permainan ini.

Secara keseluruhan, koleksi ini tidak dinafikan akan menjadi pengalaman trilogi yang sesuai untuk pemain lama dan baru, walaupun tiada lagi multiplayer dalam permainan. Penambahbaikan yang menyeluruh dari visual sehingga ke gameplay telah memberikan permainan ini melakukan fanservice yang terbaik.

Pra-daftar di sini
Mass Effect: Legendary Edition
Publisher: Electronic Arts (EA)
Release Date: 2021-05-14
PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Mass Effect: Legendary Edition adalah kompilasi tiga permainan video siri utama yang akan datang dalam siri Mass Effect: Mass Effect, Mass Effect 2, dan Mass Effect 3. Ia sedang dikembangkan oleh BioWare dengan bantuan dari Abstraction Games dan Blind Squirrel Games dan diterbitkan oleh Electronic Arts.
Tags: biowareMass Effect Legendary Editionps5
Previous Post

[Temu ramah eksklusif] Sebuah teknologi hebat oleh Epic Games untuk MetaHumans- Arvind Neelakantan

Next Post

Bleach: Rumusan lengkap tentang kebolehan sebenar Kurosaki Ichigo!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Bleach: Rumusan lengkap tentang kebolehan sebenar Kurosaki Ichigo!

Bleach: Rumusan lengkap tentang kebolehan sebenar Kurosaki Ichigo!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd