Sudah empat tahun sejak permainan King of Fighters terakhir dikeluarkan dan sejak itu, peminat terpaksa bermain spin-off di mobile dan beberapa cameo di Super Smash Bros. Ultimate. Semua ini akan berubah kerana tidak lama lagi, King of Fighters XV (15) secara rasmi akan didedahkan pada bulan depan, berikutan video teaser yang muncul hari ini.
Kalau nak diikutkan, King of Fighters XV sudah disahkan tahun lepas, tetapi SNK telah mendiamkan diri sejak pengumuman tersebut dan tiada maklumat yang dikongsi semasa pendedahannya. Menurut penerbit Yasuyuki Oda dan pengarah kreatif Eisuke Ogura, trailer gameplay rasmi akan diumumkan pada 7 Januari 2021, tetapi mereka telah berkongsi beberapa maklumat menarik dahulu untuk memuaskan hati peminat.
Pertama sekali, tiga watak telah disahkan untuk permainan melalui seni konsep. Duo pertama adalah Kyo Kusanagi dan Benimaru Nikaido, yang dikenali sebagai antara watak utama daripada siri King of Fighters sejak permainan pertama. Selain itu, Benimaru akan menggunakan reka bentuk yang lebih rapat dengan penampilan asalnya, berbanding dengan penampilannya di King of Fighters 14. Yang ketiga adalah Shun’ei, watak yang pertama kali diperkenalkan di KoF 14. Ogura mengaku bahawa mereka tidak pasti sama ada dia akan menjadi protagonis baru dalam siri, tetapi cukup yakin akan mengisi peranan itu dalam KoF 15.
Ogura dan Oda juga mengatakan bahawa cara setiap watak disusun adalah sangat berbeza dengan KoF 14 dan permainan baru akan menjadi entri paling bercita-cita tinggi dalam siri ini. Itu sahaja yang saya tahu, lebih banyak maklumat akan didedahkan secara beransur-ansur sepanjang 2021.
@gamersantaimy
Discussion about this post