Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trailer baru Fast X dikeluarkan – Bakal tiba di Malaysia pada 18 Mei ini!

safwan by safwan
April 20, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Trailer baru Fast X dikeluarkan – Bakal tiba di Malaysia pada 18 Mei ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Universal Pictures baru sahaja keluarkan trailer terbaru bagi Fast X yang akan ditayangkan pada 18 Mei 2023 di Malaysia.

Di dalam trailer baru ini, mereka telah mendedahkan pelbagai aksi yang sangat menyeronokkan di mana terdapat perlumbaan kereta, aksi kejar mengejar, bergaduh dan macam-macam lagi.

Trailer ini juga telah menunjukkan beberapa watak sampingan yang kembali dengan membantu keluarga Dom untuk menewaskan villain utama iaitu Dante. Jadi, dalam filem ini, apa yang kita boleh lihat adalah pertarungan diantara pasukan Dom dan Dante.

“Dalam Fast Five 2011, Dom dan krewnya telah mengeluarkan raja dadah Brazil yang jahat, Hernan Reyes dan memenggal kepala empayarnya di jambatan di Rio De Janeiro. Apa yang mereka tidak tahu ialah anak lelaki Reyes, Dante, menyaksikan semuanya dan telah menghabiskan 12 tahun merancang untuk membalas dendam terhadap Dom dan keluarganya.”

“Plot Dante akan memecahkan keluarga Dom dari Los Angeles ke Rom, dari Brazil ke London dan dari Portugal ke Antartika. Kawan baru akan dijalin dan musuh lama akan muncul semula. Tetapi segala-galanya berubah apabila Dom mendapati bahawa anak lelakinya sendiri yang berusia 8 tahun adalah sasaran utama dendam Dante.”

Fast X akan dibintangi oleh pelakon asal termasuk Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Chris “Ludacris” Bridges, Nathalie Emmanuel, Jordana Brewster, Sung Kang, Jason Statham, John Cena dan Scott Eastwood bersama Helen Mirren dan Charlize Theron.

Filem ini juga menampilkan pelakon baharu iaitu Jason Momoa sebagai Dante, Brie Larson sebagai Tess, Alan Richtson (Reacher) sebagai Aimes, Daniela Melchior sebagai pelumba jalanan Brazil dengan ikatan yang kuat dengan masa lalu Dom dan Rita Moreno sebagai Dom dan Mia’s Abuelita Toretto.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Fast X akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 18 Mei 2023. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak liputan menarik lain mengenai filem, anime, game dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Fast X
ShareTweetSend
Previous Post

Update percuma ver 15 Monster Hunter Rise Sunbreak bakal tiba 20 April 2023!

Next Post

Siri FINAL FANTASY PIXEL REMASTER Kini Tersedia di PS4 & Nintendo Switch!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Siri FINAL FANTASY PIXEL REMASTER Kini Tersedia di PS4 & Nintendo Switch!

Siri FINAL FANTASY PIXEL REMASTER Kini Tersedia di PS4 & Nintendo Switch!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd