Pengerusi, Hideki Hayakawa, untuk Computer Entertainment Supplier’s Association (CESA) hari ini mengumumkan bahawa TOKYO GAME SHOW 2020 ONLINE (TGS2020 ONLINE) akan berlangsung selama lima hari bermula 23 hingga 27 September 2020 di laman web rasmi TGS. Acara ini menggantikan TOKYO GAME SHOW 2020 yang asalnya dirancang untuk berlangsung di Makuhari Messe pada bulan September ini tetapi dibatalkan. Panggilan untuk peserta pameran akan diadakan mulai 25 Jun 2020.

Dari 24 hingga 27 September, pelbagai syarikat dan organisasi dalam industri permainan video, daripada penerbit terkenal hingga ke pemaju indie, akan berkongsi berita terbaru termasuk pelancaran permainan video dan perkhidmatan melalui siaran rasmi TGS.
Selain daripada penstriman pertandingan esports, TGS2020 ONLINE juga memberikan maklumat baru mengenai barang yang berkaitan dengan permainan video. Perbincangan atas talian boleh dilihat secara percuma.
Selain itu, TGS2020 ONLINE akan menjadi tuan rumah kepada Business Matching System untuk peserta pameran dan mereka yang terlibat dalam industri permainan mulai 23 September. Business Matching System akan menyokong para peserta untuk melancarkan perjumpaan atas dan memudahkan sambungan rangkaian.
「東京ゲームショウ2020 オンライン(TGS2020 ONLINE)」の開催が決定しました!
今年9月に幕張メッセで予定していた「東京ゲームショウ2020」に替わるオンラインイベントとして9月23~27日に開催します。
どうぞご期待ください! https://t.co/7SXUoPfB1H #TGS2020 #東京ゲームショウ #TGS2020ope— TOKYO GAME SHOW/東京ゲームショウ (@tokyo_game_show) June 25, 2020
TGS2020 ONLINEでは、大手ゲームメーカーからインディーまで様々なゲーム関連企業/団体が、新作タイトルや物販などの情報を、公式番組や出展社配信番組/動画などを通じて発表します。これらのコンテンツは無料でご覧いただけます。https://t.co/7SXUoPfB1H #TGS2020 #東京ゲームショウ #TGS2020ope
— TOKYO GAME SHOW/東京ゲームショウ (@tokyo_game_show) June 25, 2020
Peserta yang berkaitan dengan urusan permainan video juga dapat mengambil bahagian dalam acara atas talian ini dengan membayar cas kemasukan. Sistem akan dilancarkan pada pertengahan Ogos 2020 dengan panggilan untuk penyertaan.
Maklumat lebih lanjut boleh dilihat di laman web rasmi TGS.
@gamersantaimy
Discussion about this post