TiMi Studio Group dan Capcom akan membangunkan bersama game Monster Hunter baharu untuk mobile, menurut kata kedua-dua syarikat.
“Game yang dalam pembangunan itu, akan menghasilkan semula aksi memburu yang mendefinisikan siri Monster Hunter, dan menawarkan pengalaman gaming baharu yang unik untuk peranti mobile dan telefon”.
“Kolaborasi kali pertama antara TiMi dan Capcom ini akan menggabungkan pengalaman dan kekuatan kedua-dua pihak, membolehkan Monster Hunter berkembang ke lebih banyak platform dengan matlamat untuk memberi para Hunter global—berpengalaman atau baharu—kebebasan untuk memburu mengikut kehendak mereka, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.”
Ini bukan kali pertama Monster Hunter hadir ke mobile. Sebelum ini, mereka telah melancarkan Monster Hunter Stories di Android dan juga iOS pada tahun 2018 setahun selepas melancarkan di Nintendo 3DS.
Pada 2011, Capcom telah melancarkan Monster Hunter Dynamic Hunting di Android dan juga iOS. Ia adalah spin-off daripada siri game action-adventure Monster Hunter dan menampilkan kedua-dua game mode iaitu multiplayer dan single player.
Bagi korang yang tidak tahu, Timi sebenarnya adalah antara studio pembuat game terbesar di dunia. Mereka menghasilkan Honor of Kings, Arena of Valor, Call of Duty: Mobile dan Pokemon UNITE.
Sekurang-kurangnya kita tahu siri Monster Hunter diuruskan oleh studio yang bagus, jadi korang semua tidak perlu risau.
Kita akan melihat nanti betapa bagusnya Monster Hunter Mobile apabila ia dikeluarkan secara rasmi. Kita pun tidak perlu tunggu terlalu lama lagi memandangkan game pun disahkan sedang dalam pembangunan. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post