Sekuel yang ditunggu oleh ramai pemain Zelda, akhirnya mengumumkan The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom. Game yang sebelum ini dinamakan “Breath of the Wild 2” telah mendapatkan nama rasminya tersendiri. Pengumuman baru ini juga telah menunjukkan beberapa rakaman dalam game, yang sudah pasti menjadi akan dilalui oleh pemain nanti. The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom dijadualkan untuk lancar pada 12 Mei 2023. Anda boleh tonton trailer terbaru di bawah.
Walaupun trailer baru ini tidak mendedahkan dengan lebih mendalam tentang gameplaynya, tetapi kita didedahkan dengan pelbagai dinding bersimbol dan juga makhluk yang seakan-akan burung. Nampaknya kita perlu menunggu maklumat lanjut apabila tarikh pelancarannya semakin menghampiri.

Berikut adalah penerangan rasmi daripada laman web Nintendo untuk game:
Selain tanah besar Hyrule, entri terbaharu dalam siri Legend of Zelda akan membawa anda ke langit dan dunia yang lebih luas! Nantikan pengembaraan besar-besaran Link yang bermula semula apabila The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom, sekuel kepada The Legend of Zelda: Breath of the Wild, dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada 12 Mei 2023.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game Zelda daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post