Selepas Hitman 3 diumumkan dengan mengejut semasa acara PlayStation 5 hari ini, saya memang teruja untuk berkongsi lebih banyak maklumat mengenai game terbaru dalam francais Hitman! Hitman 3 adalah game terakhir untuk trilogi World of Assassination dan akan membawa pemain kembali sebagai Agent 47, seorang pembunuh upahan profesional yang harus menyelesaikan kontrak terpenting dalam sejarah kerjayanya.
Hitman 3 akan membawa pemain ke lokasi-lokasi eksotik di seluruh dunia. Matlamat utama anda adalah untuk meneroka tempat-tempat ini dengan teliti dan merancang bagaimana untuk membunuh sasaran anda. Pemain memiliki kebebasan sepenuhnya untuk menyamar, mencipta “kemalangan”, berinteraksi dengan watak lain dan menyorok di kalangan orang ramai untuk menjalankan rancangan. Trailer Hitman 3 di bawah akan memberi gambaran untuk aksi-aksi dalam permainan ketika ia dilancarkan pada Januari 2021 untuk PlayStation 5 dan PlayStation 4!
Setiap peminat Hitman pasti tahu yang permainan ini dibina untuk tahap “replayability” dan kebebasan yang tinggi kepada pemain. mendorong pemain untuk meneroka dan berinteraksi dengan dunia agar dapat jumpa cara baru yang boleh digunakan dalam sesi permainan seterusnya.
“Kami mahu permainan ini taktil dan ingin pemain merasakan bahawa tindakan mereka mempunyai impak pada persekitaran dan sesi permainan seterusnya.”
Itu sahaja maklumat yang ada untuk game ini. Hitman 3 akan keluar di PS5 dan PS4 pada Januari 2021. Jangan lupa baca info lain tentang konsol PS5 dan permainan videonya di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post