Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[The Future of Gaming] Ghostwire: Tokyo membuat debut di PS5 & PC pada 2021! Info terbaru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 12, 2020
in Acara, Artikel, Berita, PS5
0 0
0
[The Future of Gaming] Ghostwire: Tokyo membuat debut di PS5 & PC pada 2021! Info terbaru!
Share on FacebookShare on Twitter

Shinji Mikami dan Tango Gameworks telah mengumumkan Ghostwire: Tokyo, sebuah game next-gen action-adventure yang akan hadir di konsol secara eksklusif untuk PlayStation 5 dan PC pada tahun 2021. Di bawah ialah video gameplay Ghostwire: Tokyo yang dirakam di PlayStation 5:

Sinopsis:

Tokyo kini di bawah ancaman paranormal. Setelah sebuah peristiwa ghaib menyebabkan kehilangan 99% penduduk bandar, hanya anda saja yang mampu menyelamatkannya dengan bantuan kuasa paranormal yang terbentuk dalam badan. Terokai sebuah bandar yang menggabungkan astetik pemandangan moden dan kuil-kuil kuno semasa melenyapkan kuasa jahat serta lengkapkan diri dengan abiliti-abiliti hebat yang boleh ditingkatkan, ketika berhadapan dengan kuasa jahat (yang dinamakan sebagai Visitor).

Amewarashi: Entiti ini muncul dalam bentuk anak kecil dengan baju hujan kuning. Berasal daripada emosi kesedihan yang melampau kerana terpisah dengan ibu bapanya, dan perwatakannya yang nakal, Amewarashi akan meminta bantuan dan menyeru roh-roh lain jika rasa terancam.

Shiromuku: Shiromuku ialah sejenis kimono putih tradisional khas untuk perkahwinan. Walaupun dia kelihatan seperti pengantin perempuan, Visitor ini merupakan manifestasi fizikal untuk emosi yang kuat dan melambangkan penyesalan dan perasaan terhadap pasangan yang tidak pernah dapat dia kahwin.

Kuchisake: Diilhamkan oleh kisah dongeng sebenar, Kuchisake-onna adalah musuh yang kuat dan pantas, dan mampu dekatkan diri dengan cepat untuk menyerang anda dengan pisau guntingnya yang besar. Hati-hati apabila dia bertanya “Adakah saya cantik?”. Tiada jawapan yang betul.

Setiap semangat mempunyai gaya serangan dan kelemahan sendiri, jadi anda perlu menggabungkan abiliti dengan cara yang berbeza untuk sepadan dengan setiap pertempuran yang unik.

Roh jahat yang berkeliaran bukanlah satu-satunya ancaman. Penyebab kehilangan populasi penduduk, penampilan Visitor, dan kemunculan abiliti anda ialah sebuah organisasi misteri yang memakai topeng “Hanya“. Siapakah mereka, apa yang mereka mahukan dan bagaimana mereka akan berinteraksi dengan anda, masih menjadi satu misteri.

Kelebihan Ghostwire: Tokyo di PS5?

“Di Ghostwire: Tokyo, anda akan mendengar bunyi yang biasanya tidak ada di kehidupan sebenar. Harapan kami untuk bunyi 3D, adalah untuk membuatkan pemain rasa terdorong untuk mencari dan mengenal pasti apa yang menyebabkan bunyi tersebut.” -Kenji Kimura, Pengarah Permainan di Ghostwire: Tokyo.

Dia bersambung:

Abiliti istimewa untuk pemain berkait rapat dengan pergerakan tangan. Ini sesuai untuk fitur baru PS5 iaitu kawalan haptik di controller dan trigger adaptif.”

Itu sahaja maklumat saya ada buat masa ini. Ghostwire: Tokyo akan dilancarkan untuk PS5 dan PC pada 2021. Baca info lain tentang konsol PS5 dan permainan videonya di sini.

Tags: Ghostwire : Tokyoplaystation 5ps5Tango GameworksVisitor
Previous Post

[The Future of Gaming] Bersedia dengan aksi baru, Marvel’s Spider-Man: Miles Morales akan datang ke PS5!

Next Post

[The Future of Gaming] Hitman 3 ingin bawa “stealth & style” ke PS5 & PS4 pada Januari 2021!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
[The Future of Gaming] Hitman 3 ingin bawa “stealth & style” ke PS5 & PS4 pada Januari 2021!

[The Future of Gaming] Hitman 3 ingin bawa "stealth & style" ke PS5 & PS4 pada Januari 2021!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd