Nampaknya Dunia E-Sukan di dalam Malaysia makin berkembang. Lagi-lagi dalam game PUBG. Tournament sentiasa ada. Kali ini, aku hanya nak buat short post untuk melahirkan rasa bangga aku terhadap dua kumpulan PUBG Malaysia yang hebat dan juga ternama. ‘The Face Gaming’ dan ‘Orange Esports’ merupakan dua nama yang tidak asing lagi.
‘The Face Gaming’ telah menjadi satu nama yang besar dalam dunia PUBG di Malaysia. Setiap pemain PUBG di Malaysia mesti kenal dengan mereka, lagi-lagi Chiifenrir yang sememangnya hebat. Pemain ‘The Face Gaming’ terdiri daripada 10ktapping, chiifenrir, rascal dan juga k2white.
Bagi ‘Orange Esports’ pula, diumumkan yang kumpulan mereka dijemput untuk bersaing dalam pertandingan yang sama, iaitu PUBG ZIMO Australia Invitational Tournament 2018. Pertandingan yang sama dimasuki oleh ‘The Face Gaming’. Untuk ‘Orange Esports’, line up mereka adalah JangsxMan, ModyxMan, S4vior dan juga KnyGod.
Wow, tak sangka ada 8 orang anak muda Malaysia yang akan ke Australia untuk merebut wang tunai sebanyak MYR 448, 000. Bukan duit yang dipandang, tetapi mereka dalam usaha dan misi untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Apa-apa pon, kami disini mengucapkan tahniah dan good luck! Semoga pemergian korang dengan harapan, dan pulang dengan kejayaan! Kami disini mendoakan kejayaan korang gais! Kami bangga!
@gamersantaimy
Discussion about this post