Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Conjuring 4 adalah ‘finale pasangan Warren’, bak kata James Wan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 3, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
The Conjuring 4 adalah ‘finale pasangan Warren’, bak kata James Wan
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun diakui sebagai salah satu francais filem seram dengan kutipan tertinggi dalam sejarah, nampaknya The Conjuring akan mengubah jalan cerita secara drastik selepas tayangan filem ke-4. Semasa mempromosikan M3GAN, James Wan menjelaskan bahawa The Conjuring 4 mungkin adalah filem terakhir yang menampilkan watak Ed dan Lorraine Warren.

Dilakonkan oleh Patrick Wilson dan Vera Farmiga, Ed dan Lorraine Warren adalah pasangan suami isteri yang juga merupakan penyiasat paranormal. Bersama, mereka jelajah ke pelbagai lokasi untuk membantu orang yang mendapati diri mereka dikacau atau dirasuk oleh roh jahat.

“Ya, kami sedang mengusahakannya sekarang. Dengan filem Conjuring, kami sangat-sangat menghargainya. Oleh itu, kami hanya mahu meluangkan masa untuk memastikan dapat melakukannya dengan betul dan memastikan emosi cerita Warren yang ingin diceritakan, dan berpotensi memberi kesimpulan. Kami hanya mahu memastikan bahawa ia betul – cerita betul yang kami ceritakan.”

Wan kata kepada Collider dalam temu ramah.

Nampaknya kisah Ed dan Lorraine Warren betul-betul akan tamat tetapi adakah mereka akan dapat “happy ending seperti yang peminat harapkan?” Bukan itu sahaja, siapa yang boleh menggantikan duo hebat ini? Yang pasti, kita akan mendapat jawapan nanti dalam The Conjuring 4.

Setakat ini, sebanyak 8 filem telah dihasilkan untuk francais itu; tiga filem utama The Conjuring dan tiga filem menampilkan anak patung Annabelle. Dua filem spinoff menjelaskan asal-usul The Nun dan The Curse of La Llorona. Baru-baru ini, pihak studio telah membatalkan rancangan mereka untuk filem The Crooked Man, jadi hanya sekuel untuk The Nun dan The Conjuring 4 sahaja yang masih dalam pembangunan.

James Wan dan rakan produser Peter Safran telah terlibat dalam setiap filem untuk francais The Conjuring. Baru-baru ini, Safran beralih ke peranan baharunya bersama James Gunn sebagai ketua di DC Studios. Pada masa yang sama, studio Atomic Monster milik James Wan kini dalam perbincangan untuk bergabung dengan studio Blumhouse ( terkenal dengan Paranormal Activity, Insidious, The Purge, Halloween) untuk mencipta “filem seram paling hebat dalam sejarah”.

Itu sahaja info yang kami ada setakat ini. The Conjuring 4 masih tiada tarikh pelepasan rasmi, tetapi kemungkinan besar, masih lambat lagi sebelum ia ditayangkan.

Tags: The Conjuring 4
Previous Post

Jeremy Renner alami kecederaan parah, dilanggar mesin bajak salji!

Next Post

Payday 3 dedah visual awal, akan keluar untuk konsol & PC pada 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Payday 3 dedah visual awal, akan keluar untuk konsol & PC pada 2023!

Payday 3 dedah visual awal, akan keluar untuk konsol & PC pada 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd