Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘The Casting of Frank Stone’ Akan Tiba 3 September – Seram Sinematik Dari Dunia DBD!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 17, 2024
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, Seram, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
‘The Casting of Frank Stone’ Akan Tiba 3 September – Seram Sinematik Dari Dunia DBD!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Behaviour Interactive mengumumkan bahawa game single-player seram sinematik The Casting of Frank Stone, yang berlangsung dalam dunia Dead by Daylight, akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam dan Epic Games Store pada 3 September.

Bersama pengumuman ini, mereka turut memuat naik trailer baharu yang anda boleh tonton di bawah:

“Kehebatan penceritaan Supermassive Games bertemu dengan alam semesta Dead by Daylight dalam sebuah game seram yang tidak akan mudah dilupakan…”

“Bayangan Frank Stone dilihat di atas Cedar Hills, sebuah bandar yang selama-lamanya diubah oleh masa lalunya yang ganas. Sebagai sekumpulan rakan muda, bongkarkan rahsia bandar ini kerana legasi Stone yang penuh darah ternyata sangat dalam, hingga meninggalkan parut di seluruh keluarga, generasi dan juga fabrik realiti.”

Gameplay Umum

Kredit: Behaviour Interactive

Di atas tadi adalah sinopsis cerita menurut Behaviour Interactive, tetapi berkenaan gameplay, game ini akan mengikut formula yang sama seperti judul Supermassive Games yang lain termasuk jalan cerita bercabang, teka-teki berkaitan persekitaran, dan juga acara QTE.

Dalam sebuah kilang besi di Oregon, sebuah jenayah mengerikan oleh seorang pembunuh sadis mencipta kengerian yang tidak dapat difahami. Tugas kini terjatuh kepada anda untuk menyelidik misteri di sebalik Cedar Hills bersama barisan watak original dalam kisah berbelit di mana kebenaran tidak jelas dan pelbagai rahsia disembunyikan.

Kredit: Behaviour Interactive

Setiap keputusan yang pemain buat akan membentuk jalan cerita dan memberi kesan kepada nasib setiap watak – malah satu keputusan mudah pun boleh menjadi dilema yang bakal menyakitkan anda pada masa hadapan.

Jika berminat, The Casting of Frank Stone kini tersedia untuk pre-order sekarang melalui laman web rasmi.

Tags: The Casting of Frank Stone
ShareTweetSend
Previous Post

Neverness to Everness – Open-World RPG Baru Oleh Pencipta Tower of Fantasy!

Next Post

EA SPORTS FC 25 Bakal Tiba 27 September – Segala Tambahan Baru Yang Anda Patut Tahu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
EA SPORTS FC 25 Bakal Tiba 27 September – Segala Tambahan Baru Yang Anda Patut Tahu!

EA SPORTS FC 25 Bakal Tiba 27 September - Segala Tambahan Baru Yang Anda Patut Tahu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd