Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Neverness to Everness – Open-World RPG Baru Oleh Pencipta Tower of Fantasy!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 17, 2024
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Open World, PC, PS5, RPG
0 0
0
Neverness to Everness – Open-World RPG Baru Oleh Pencipta Tower of Fantasy!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mencipta Tower of Fantasy, nampaknya Hotta Studio masih sibuk membangunkan game baharu kerana semalam, mereka telah mengumumkan Neverness to Everness – sebuah game ‘free-to-play supernatural urban open-world RPG’ untuk platform PlayStation 5, PC, iOS dan Android.

Lebih bagus lagi, prapendaftaran kini tersedia melalui laman web rasmi!

Gameplay Umum

Dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5 dan dilengkapi teknologi NVIDIA DLSS dan ray tracing, game ini menjanjikan pengalaman gaming yang mengasyikkan dan berkualiti tinggi.

Berlangsung di dalam metropolis supernatural Hethereau yang luas, kisah Neverness to Everness melibatkan dunia di mana yang ‘biasa’ dan ‘luar biasa’ wujud bersama. Lebih tepat lagi, ini adalah sebuah bandar yang penuh dengan anomali dan manusia, di mana perkara aneh dan pelik berlaku setiap hari.

Kredit:  Hotta Studio

Sebagai pemain, anda akan menggunakan kebolehan Esper untuk menguruskan masalah-masalah anomali yang tidak dijangka. Dalam perjalanan, pemain akan bertemu dengan pelbagai individu, masing-masing dengan abiliti unik, lalu bekerjasama untuk menyelesaikan krisis yang akan datang dan secara beransur-ansur menyesuaikan diri dengan kehidupan seharian di bandar.

Sama seperti Tower of Fantasy, kita boleh bermain sebagai watak-watak berlainan, yang unik daripada segi gameplay dan pergerakan tempur.

Kredit:  Hotta Studio

Setakat ini, mungkin gameplay-nya agak tipikal tetapi apa yang membezakan Neverness to Everness daripada game lain adalah aspek menjalani kehidupan di dalam bandar. Lebih mendalam daripada disangka, pemain boleh membeli kereta mewa, mengubah suai kereta mengikut apa yang mereka suka, lalu bawa kereta itu berlumba. Malah, anda juga boleh membeli rumah dan reka secara bebas.

Lebih banyak kandungan berkaitan bandar menanti, tetapi setakat ini, itu sahaja yang dijelaskan.

Kredit:  Hotta Studio

Jika berminat dengan Neverness to Everness, anda boleh pradaftar sekarang melalui laman web rasmi!

Tags: Neverness to Everness
ShareTweetSend
Previous Post

‘CAPCOM Pro Tour 2024 SUPER PREMIER SINGAPORE’ Buka Pendaftaran!

Next Post

‘The Casting of Frank Stone’ Akan Tiba 3 September – Seram Sinematik Dari Dunia DBD!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
‘The Casting of Frank Stone’ Akan Tiba 3 September – Seram Sinematik Dari Dunia DBD!

'The Casting of Frank Stone' Akan Tiba 3 September - Seram Sinematik Dari Dunia DBD!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd