Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

EA SPORTS FC 25 Bakal Tiba 27 September – Segala Tambahan Baru Yang Anda Patut Tahu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 18, 2024
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
EA SPORTS FC 25 Bakal Tiba 27 September – Segala Tambahan Baru Yang Anda Patut Tahu!
Share on FacebookShare on Twitter

Musim baru hampir tiba. EA SPORTS FC 25 bakal dikeluarkan di seluruh dunia pada 27 September 2024 di platform PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, PC dan Nintendo Switch.

Sempena pengumuman ini, mereka turut mengeluarkan trailer pertama yang anda boleh lihat di bawah:

Selain bintang utama baharu, pelbagai ciri-ciri baharu telah ditambahkan termasuk game mode baharu, sistem gameplay baharu, dan banyak lagi. Berikut adalah ringkasan info yang kami terima!

5v5 Rush

Kredit: EA Sports

Pertama sekali adalah 5v5 Rush, cara baharu untuk bermain dengan rakan dalam Football Ultimate Team, Clubs dan Kick-Off dengan gameplay di padang lebih kecil tetapi lebih fast-paced. Pengalaman Rush jauh berbeza daripada Volta – malah, selepas menerima maklum balas komuniti, EA membuat keputusan untuk membuang Volta terus daripada FC 25.

Dengan lima pemain, empat pemain dikawal manusia dan seorang penjaga gol dikawal AI, anda secara automatik mempunyai lebih banyak masa untuk fokus pada bola. Terdapat juga sistem posisi yang sepenuhnya dinamik, yang bermakna tiada posisi tetap – tidak kira penyerang atau pemain pertahanan. Sebaliknya, anda akan memilih pemain dan kemudian membawa pemain itu ke perlawanan.

FC IQ

Kredit: EA Sports

Merupakan overhaul kepada mekanik dan asas-asas taktikal di keseluruhan game bagi memberikan kawalan strategik yang lebih besar dan pergerakan kolektif yang lebih realistik di peringkat pasukan. FC IQ juga menggunakan model AI baharu, dikuasakan oleh data dunia sebenar, untuk mempengaruhi taktik pemain melalui Player Role serba baharu.

Sebagai mekanik baharu yang diwujudkan bersama Hypermotion V dan PlayStyles untuk melengkapkan pengalaman gameplay, FC IQ mempengaruhi setiap perlawanan dalam FC25.

Perkara utama yang terlibat ialah Player Role. Kini ada lebih 50 Roler baharu, dan setiap satu menentukan cara pemain berfikir dan berkelakuan, bersama dan tanpa bola Seterusnya, ialah Team Tactic, yang menjadikan gameplay lebih bervariasi di setiap perlawanan dan memberikan pemain lebih banyak pilihan. Terakhir ialah Smart Tactic, yang mempamerkan taktik dan menyepadukannya ke dalam perlawanan.

Secara am, Role boleh disamakan dengan Player Instruction tetapi lebih spesifik dengan aspek positif dan negatif. Terdapat tiga hingga lima Role bagi setiap posisi, dengan jumlah total 31 Role unik untuk memberi kelainan kepada gameplay pada masa hadapan

Teknologi Hypermotion V

Kredit: EA Sports

Diperkenalkan pada tahun 2022, kemasukan Teknologi Hypermotion telah mengubah permainan. Untuk FC25, EA telah memakai Hypermotion Volumetric bagi seluruh tubuh pemain, yang memberikan gambaran yang lebih tepat.

Bukan itu sahaja, ada juga mekanik baru yang dipanggil Professional Foul. Ini ialah abiliti supaya pemain dapat foul pihak lawan dengan sengaja untuk mematikan serangan mereka. Cuma apabila menggunakan mekanik ini, anda akan diberikan kad kuning.

Stadium Lebih Realistik

Kredit: EA Sports

Memperkenalkan ciri Living Stadium, yang menambah elemen pada stadium untuk menjadikannya lebih realistik. Contoh besar adalah seperti menambah maskot ke dalam game buat kali pertama. Oleh itu, anda boleh melihat maskot-maskot di sisi padang, malah boleh berlari ke arah maskot ini dan berinteraksi dengan mereka selepas menjaringkan gol.

Di samping itu, kita ada Active Sideline Moment. Banyak perhatian kini diberikan kepada orang-orang sampingan, seperti pengurus, pegawai, pemain gantian, dan semuanya bertindak balas terhadap apa yang berlaku di atas padang.

Akhir sekali adalah Authentic Crowd Reactions. Orang ramai akan membaca permainan dengan lebih baik dan audio akan bertindak balas secara lebih bijak kepada perkara yang berlaku di atas padang.

Manager & Player Career

Kredit: EA Sports

Buat pertama kali, EA SPORTS FC 25 memperkenalkan bola sepak wanita ke dalam Career Mode, menampilkan lima liga wanita terbaik untuk pengalaman autentik di Manager Career dan Player Career. Mereka juga memperkenalkan Live Start Points dalam Career Mode, yang membolehkan pemain mengikuti jalan cerita terbesar dari dunia sebenar terbesar ketika mereka mengalami detik-detik penting seperti perpindahan pertengahan musim atau perubahan pengurusan.

FC25 juga memperkenalkan icon ke dalam Career Mode, jadi anda boleh mencuba sedikit fantasi dicampur dengan keaslian. Ia membolehkan anda bermain dengan beberapa ICON yang telah kami kenalkan dalam game ini. Anda boleh bermain sebagai Pirlo, Van Nistelrooy, Kelly Smith atau Thierry Henry. Zidane lawan Bellingham, apa yang akan terjadi? Anda boleh membuat naratif sendiri, mencipta legenda sendiri.

Ketulenan Yang Tiada Tandingan

Kredit: EA Sports

Menurut info, EA SPORTS FC 25 mempunyai 19,000+ pemain daripada 700+ pasukan di lebih 120 stadium dan lebih 30 liga. EA SPORTS FC 25 juga ialah satu-satunya game di mana anda boleh bermain UEFA Champions League, UEFA Europa League, UEFA Europa Conference League, CONMEBOL Libertadores, Premier League, Bundesliga dan LALIGA EA SPORTS,, serta UEFA Women’s Liga Juara-Juara, Liga Super Wanita Barclays, Liga Bola Sepak Wanita Kebangsaan, Arkema D1, Liga F dan Google Pixel Frauen-Bundesliga.


Sekali lagi saya ingatkan, EA SPORTS FC 25 akan dikeluarkan pada 27 September untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC. Mereka yang membeli Edisi Deluxe akan mendapat peluang Early Acces bermula 20 September ini.

Untuk pre-order, anda boleh melayari laman web rasmi di SINI!

Tags: EA SPORTS FC 25
ShareTweetSend
Previous Post

‘The Casting of Frank Stone’ Akan Tiba 3 September – Seram Sinematik Dari Dunia DBD!

Next Post

BLUELOCK -Episode Nagi- Akan Ditayangkan Pada 1 Ogos Di Malaysia

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
BLUELOCK -Episode Nagi- Akan Ditayangkan Pada 1 Ogos Di Malaysia

BLUELOCK -Episode Nagi- Akan Ditayangkan Pada 1 Ogos Di Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd