Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Boy and The Heron, Filem Baharu Studio Ghibli Bakal Tiba ke Netflix Malaysia!

Maira by Maira
March 22, 2024
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Movie/siri, Netflix
0 0
0
The Boy and The Heron, Filem Baharu Studio Ghibli Bakal Tiba ke Netflix Malaysia!

© 2023 Hayao Miyazaki/Studio Ghibli

Share on FacebookShare on Twitter

Filem baharu Studio Ghibli yang diarahkan oleh Hayao Miyazaki, The Boy and The Heron telah pun memenangi anugerah berprestij Oscar baru-baru ini. Melihat pencapaian itu, pasti ada antara anda yang ingin menontonnya. Walaupun tayangannya di pawagam sudah tamat, anda masih berpeluang untuk menontonnya nanti. Diumumkan oleh Netflix Malaysia, filem The Boy and The Heron bakal hadir ke platform tersebut!

Fans ✨Studio Ghibli✨, mana korang? Filem panjang arahan Sensei Hayao Miyazaki pertama selepas sedekad yang memenangi Anugerah Oscar, #TheBoyAndTheHeron akan ditayangkan di Netflix!

© 2023 Hayao Miyazaki/Studio Ghibli pic.twitter.com/1tZ8TH7vHx

— Netflix Malaysia (@NetflixMY) March 22, 2024

Buat masa ini, tarikh tersedianya filem tersebut masih dirahsiakan. Jadi nantikan pengumuman lanjut daripada Netflix pada masa akan datang.

Untuk pengetahuan anda, semasa filem ini ditayangkan buat pertama kali di Jepun, tiada sebarang trailer mahupun poster yang dikeluarkan. Hanya poster visual utama sahaja yang telah didedahkan. Walaupun begitu, filem tersebut masih mendapatkan sambutan yang hebat dari Jepun malah antara filem anime paling untung buat masa ini!

The Boy and the heron
© 2023 Hayao Miyazaki/Studio Ghibli

Kalau anda ingin tahu, The Boy and The Heron merupakan sebuah filem fantasi yang diinspirasikan oleh novel yang ditulis oleh Genzaburo Yoshino yang bertajuk “How Do You Live”. Novel tersebut menceritakan tentang perkembangan emosi dan falsafah seorang budak lelaki selepas kematian bapanya. Berikut adalah sinopsis untuk filem tersebut:

Mahito, seorang budak lelaki berusia 12 tahun, bergelut untuk menetap di bandar baru selepas kematian ibunya. Walau bagaimanapun, apabila seekor bangau yang boleh bercakap memberitahu Mahito bahawa ibunya masih hidup, dia memasuki menara terbiar untuk mencarinya, di sebuah dunia lain.

The Boy and the heron
© 2023 Hayao Miyazaki/Studio Ghibli

Anda yang memang minat pada filem-filem Studio Ghibli, filem ini semestinya perlu tonton! Sementara menunggu filem baharu ini tiba di Netflix, bolehlah anda tonton koleksi filem Studio Ghibli lain yang tersedia di platform itu seperti, Spirited Away, Howl’s Moving Castle, Princess Mononoke dan banyak lagi! Kami juga telah mengeluarkan review penuh kami untuk filem tersebut sebagai rujukan anda.

Untuk mendapatkan segala berita mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: netflixStudio GhibliThe Boy and The Heron
ShareTweetSend
Previous Post

Rise of the Ronin Review (PS5) — Mesra Pemain, Dunia Luas Penuh Aktiviti, Boleh Jaga Kucing!

Next Post

Call of Duty: Warzone Mobile Kini Tersedia! Lebih 50 Juta Pemain Pra-daftar di Seluruh Dunia!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Marvel Rivals Season 2.5: Hellfire Gala Bawa Masuk Ultron, Peta Arakko & Team-Up Ability Lagi Hebat
Berita

Marvel Rivals Season 2.5: Hellfire Gala Bawa Masuk Ultron, Peta Arakko & Team-Up Ability Lagi Hebat

May 23, 2025
Next Post
Call of Duty: Warzone Mobile Kini Tersedia! Lebih 50 Juta Pemain Pra-daftar di Seluruh Dunia!

Call of Duty: Warzone Mobile Kini Tersedia! Lebih 50 Juta Pemain Pra-daftar di Seluruh Dunia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd