Final Assault yang dikeluarkan oleh Phaser Lock Interactive INC dan SmileGate telah mengeluarkan game bertemakan Real-Time Strategy peperangan, berala-alakan Red Alert yang menjadi kegilaan orang ramai suatu masa dahulu. Game ni hanya exclusive untuk PlaystationVR, Oculus dan HTC Vive.
Game ni menggunakan zaman perang dunia 2 yang korang boleh pilih bahagian mana korang nak, dan game ni yang mungkin orang ramai kerana kualitinya yang suam-suam sahaja, tapi percaya la, Game ni perlu dapatkan perhatian korang. Nak tahu kenapa? Game ni satu-satunya Real-Time Strategy VR War based game, Apa lagi korang nak tahu? Campaign mode dia berdurasi dalam 4 hingga 6 jam.
Korang boleh customized avatar dan unit korang, PvP korang boleh lawan unlimited, kemudiannya ada 12 map yang amat unik, ada dua bahagian korang boleh pilih Axis atau Allies erti kata lain Jerman atau USA pilih la mana-mana korang nak. Boleh cross-platform, ada Leaderboards dan juga Achievement oh and tak lupakan juga akan ada future expansion pack dan DLC!
*Bawah ni adalah gameplay untuk Final Assault*
Bagi aku korang boleh cuba game ni dan If korang nak tau apa game ni boleh buat, korang boleh tunggu Pertengahan 2019, Ya lama lagi tapi bersabar la ye, dan kalau korang nak update apa yang ditambah dalam game ni dengan lebih lanjut, korang boleh pergi Website , Facebook dan Twitter diorang.
@gamersantaimy
Discussion about this post