Di siaran langsung The Game Awards 2020 hari ini, sebuah trailer pendek telah mengesahkan bahawa permainan terbaru Mass Effect sedang dalam pembangunan awal di BioWare, dan telah mendedahakan sesuatu yang tidak sangka dalam plot untuk peminat.
Di bahagian awal trailer terbaru Mass Effect, ia hanya menunjukkan adegan sinematik galaksi yang menakjubkan, diikuti dengan seperti serpihan daripada kapal angkasa hancur yang melayang di angkasa. Kemudian, Mud Skipper terbang kepada pandangan penonton, lalu kamera jatuh untuk menunjukkan seorang individu misteri sedang merentasi salji. Individu tersebut kemudian mengambil sehelai baju besi dan membersihkannya, untuk menunjukkan logo N7 terkenal. Rupanya, individu misteri ini ialah Liara yang menunjukkan dia telah menemui baju besi milik Commander Shepard.
Tidak ada apa yang disahkan, tetapi ini dapat bererti bahawa jalan cerita terbaru mungkin akan mengikuti rakan sekutu Shepard setelah peristiwa daripada trilogi Mass Effect. Andromeda berlangsung antara ME2 dan ME3, dan trailer ini pun kelihatan mengikuti salah satu penamat di Mass Effect 3.
@gamersantaimy
Discussion about this post