Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Peminat menghasilkan animasi stop motion Among Us yang sangat comel

Amir Haziq by Amir Haziq
May 17, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Mobile, PC, Platform
0 0
0
Peminat menghasilkan animasi stop motion Among Us yang sangat comel
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa je yang tak kenal dengan aplikasi permainan Among Us ni? Game yang buat pemain bersama rakan-rakan mereka mengkhianati dan saling menuduh semasa melakukan misi di kapal angkasa. Dengan rupa watak yang simple tapi comel ini, membuatkan golongan dewasa pun tak terkecuali untuk bermain Among Us. Baru-baru ini, salah seorang peminat game tersebut telah membuat video animasi stop motion Among Us yang kreatif dan comel. Jom kita tengok video animasi ni!

Video animasi berdurasi 60 saat ini dikongsikan di laman Youtube milik Kenta Shinohara dari Jepun, atau lebih dikenali sebagai Animist. Animasi ini dimulakan dengan tangan seseorang yang mengetuk laci dan watak-watak Among Us muncul dari laci tersebut. Kesan bunyi dari game asal juga boleh didengar ketika watak-watak tersebut menoleh pandangan mereka ke sebuah rumah saiz anak patung dan melakukan perbincangan didalamnya. Kemudian mereka mula merayau di sekeliling rumah tersebut dengan memakai topi dan aksesori yang terkenal di Among Us.

Karakter-karakter comel ini juga dilihat melakukan aksi seperti membuka almari dan peti sejuk, menaiki tangga dan menonton Among Us di TV. Selain dari watak-watak comel ini, terdapat watak imposter yang sedang tidur di salah sebuah katil dalam rumah patung tersebut. Anda juga boleh melihat kerenah watak-watak ini sedang berkelah di ruang lapang yang kemudiannya diganggu oleh imposter.

Akaun Youtube Animist milik Kenta Shinohara ini mempunyai lebih 380 ribu subscriber, dan video animasi Among Us ini telah mendapat hampir 33 ribu tontonan. Beliau juga turut memuat naik video animasi stop motion seperti Demon Slayer – Kimetsu No Yaiba, Star Wars, Kirby, Detective Conan dan Street Fighter.

Memang comel dan kreatif betul hasil animasi Kenta Shinohara ini. Bagi anda yang berminat untuk menonton lebih banyak lagi video animasi stop motion dari beliau, tekan sahaja pautan ini.

Tags: Among UsFan-madeKenta ShinoharaStop Motion
Previous Post

Tencent mengumumkan The Westward: Burning Soul akan tiba di platform mobile

Next Post

BLEACH: Eternal Soul dilancarkan hari ini! Log masuk untuk mendapatkan watak SSR yang kuat Toshiro Hitsugaya!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
BLEACH: Eternal Soul dilancarkan hari ini! Log masuk untuk mendapatkan watak SSR yang kuat Toshiro Hitsugaya!

BLEACH: Eternal Soul dilancarkan hari ini! Log masuk untuk mendapatkan watak SSR yang kuat Toshiro Hitsugaya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd