Apabila dua insan bertemu, mesti kadang-kala kamu rasa “Adakah ini takdir?”. Adakah kerana persamaan, adakah kerana magic, adakah ini jodoh? Apa yang mereka alami ialah sebuah hubungan ikhlas antara dua insan yang susah untuk jumpa. Semua orang boleh pergi tonton wayang sama-sama, makan malam bersama tetapi kamu tahu tak bahawa dunia permainan video juga boleh menyatukan satu pasangan bersama?
Di sini, saya telah menemu ramah satu pasangan streamer untuk tahu sama ada mereka bertemu semasa streaming, bermain game bersama-sama, atau bagaimana streaming bersama telah membuat cinta mereka lebih kuat tidak kisah jarak. Saya memperkenalkan pasangan manis KingQueen XStreamer yang bertemu di Rules of Survival sebelum kini terjebak dengan PUBG Mobile dan Mobile Legend. Mari kenali mereka dan jangan lupa perkembangan semasa di laman rasmi FB mereka!
Bolehkah kamu berdua memperkenalkan diri?
KingQueen: Nama saya ialah Mohd Eqhwan Syafiq, berusia 26 tahun, dikenali sebagai AbeKinz, dan merupakan anak jati Pahang manakala pasangan saya Nur Syamimi Syahira pula berusia 24 tahun, dikenali sebagai MekQueenz dan berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan.
Apakah kerjaya kamu dua sebelum ini dan apakah pekerjaan kamu sekarang?
KingQueen: Abe bekerja di bahagian medical di sebuah kilang di Pulau Pinang dan juga menetap di sana hampir 5 tahun dan masih lagi bekerja di kilang tersebut sehingga sekarang . Manakala, Mek ialah graduan dari Politeknik Kota Bharu dan kini bekerja bersama keluarga di Selayang. Abe masih lagi bekerja full time di factory itu tetapi pada masa yang sama, membahagikan masa sedikit selepas kerja untuk stream sekurangnya 3 hingga 4 jam sehari bersama Mek untuk kekalkan konsistensi.
Macam mana boleh terfikir nak dapatkan nama IGN sekarang?
KingQueen: Bila kami mula live stream pada 2018, kebanyakkan viewer mengenali kami dengan IGN KING dan QUEEN. Kerana terdapat pemain dari Clan yang sama yang juga memakai nama yang salam di PUBG Mobile, kami pun bertukar. Mek memberi idea, disebabkan beliau daripada Kelantan, untuk menukar IGN kepada ABE dan MEK. Majoriti viewer pun mula membahasakan kami sebagai ABE dan MEK, dan kami lebih suka dengan panggilan tersebut kerana ia lebih sopan dan mesra.
Baiklah. Kini untuk soalan yang lebih peribadi. Adakah kamu berdua bertemu melalui permainan video?
Ada Lagi ke Support Abe n Mek tusun ni😔•Lama X Main PUBG•Keep like and share MUAH MUAH MUAH!!IGN👇KS×AbeKinz-5382283922KS×MekQueenz-5420939564#KingSeeker
Posted by KingQueen XStreamer on Thursday, September 12, 2019
KingQueen: Ya, kami mula bertemu pada tahun 2017 dalam game RULES OF SURVIVAL (ROS), dan mengambil masa lebih kurang setahun sebelum mengikat tali pertunangan. HAA, jangan cakap dalam game tak boleh jumpa jodoh. Insyaallah kamu akan jumpa kalau jodoh kamu pun kaki gamer juga.
Sebagai pasangan yang bermain game bersama, pernahkah kamu berdua bergaduh di dalam game?
KingQueen: Tipulah kalau kami cakap tidak ada. Gameplay kami berbeza, jadi pendapat pun berbeza.. tetapi tidaklah serius sangat. Gaduh kami sekadar untuk hiburkan viewers sahaja.
Pernahkah kamu berdua masuk apa-apa acara atau kejohanan bersama?
KingQueen: Buat masa sekarang kami hanya menyertai acara secara kecil-kecilan sahaja, dan belum pernah lagi menyertai acara besar tapi insyaallah kalau ada rezeki kami berdua akan turut serta dalam menyokong Esports negara.
Maaf kalau sensitif tetapi bolehkah cerita dugaan atau kepayahan kamu berdua hadapi sebagai seorang streamer?
KingQueen: Pada awal kami mula live stream.. Memang tak boleh dinafikan, kecaman itu ibarat satu makanan rutin bagi kami. Kami masih baru dalam dunia streaming dan banyak yang perlu kami belajar. Yang paling menguji kami ialah apabila page asal iaitu KingQueen Gaming di-hack oleh orang yang tidak dikenali. Saat itu, memang kami kecewa. Kami mengambil masa dalam 2 hingga 3 bulan untuk kembali live stream di page baru KingQueen XStreamer dimana kami berasa bersyukur kerana masih menerima sokongan daripada viewer-viewers yang selalu ada untuk kami.
Tahniah kerana sudah bertunang! Adakah bakal majlis perkahwinan kamu mempunyai apa-apa tema gaming?
KingQueen: *gelak* Ramai juga yang tanya soalan ini kepada kami. Insyaallah masih dalam perancangan lagi. Yang penting korang kena datang majlis perkahwinan kami nanti. Insyaallah, jika ada rezeki, tahun depan kami melangsungkan perkahwinan.
Apakah reaksi penonton kepada streamer “berpasangan”? Adakah mereka menerima konsep ini?
Posted by KingQueen XStreamer on Thursday, August 1, 2019
KingQueen: Alhamdulillah, viewers menerima cara kami live stream sebagai berpasangan dan mereka juga menyokong dengan bermain bersama kami. Kami pun berseronok dengan viewers! Selain itu, viewers kami juga sentiasa memberi pendapat dan juga nasihat agar kami terus memperbaiki diri.
Apa pendapat kamu dua mengenai budaya gaming dan pendapat yang anda selalu dengar dari orang ramai seperti gamers wanita kurang hebat atau wanita tidak sesuai gaming bersama lelaki?
KingQueen: Pada pendapat saya, budaya gaming ni perlu diketengahkan dengan lebih lagi supaya kita boleh setanding dengan negara-negara luar menggunakan bakat-bakat muda dalam Esport ini. Tentang soal gamer wanita, dunia game sekarang bukan hanya untuk lelaki, malah untuk wanita juga. Jangan pelik kalau wanita lebih handal daripada lelaki! Majoriti perempuan kini juga mula membanjiri dunia Esport.
Makin hari makin banyak viewers kamu, apakah rahsia disebalik peningkatan viewers tersebut?
KingQueen: Rahsia kami ialah sentiasa utamakan viewers! Tidak kisah apa jadi, viewers sentiasa nombor satu. Satu lagi perkara yang penting bagi kami dan untuk streamer-streamer lain adalah komunikasi antara streamer dan viewers. Kita harus jaga viewers dan supporters kita.. Mereka pun akan sentiasa ada untuk kita.
Ada kata-kata terakhir kepada pembaca di luar sana? Dan ucapan semangat kepada semua streamers di Malaysia?
KingQueen: Sentiasalah sokong streamer-streamer di negara kami! Dengan sokongan anda, tak mustahil Malaysia akan dikenali di mata dunia. Bagi streamer pula, tidak kira lah stream di mobile atau PC, teruskan usaha anda dalam memajukan Esports Malaysia.
@gamersantaimy
Discussion about this post