Baik, untuk entri kali ni, masa acara pratonton God of War tu, kami sempat melihat figura dan juga barangan yang berkaitan dengan God of War seperti patung 9″ Kratos dan juga Atreus. Kami juga diberi peluang untuk mencuba 1 jam pertama game God of War tersebut. Antara momen yang penting buat kami adalah temuramah bersama Aaron Kaufman, merupakan Senior Community Strategist dari Santa Monica Studio. Tugas beliau merupakan menjadi orang tengah untuk perlesenan, marketing dan juga interaksi dengan media dan peminat.
Kami bertanyakan soalan, kenapa God of War? Kenapa tidak God of War 4, 5? Aaron Kaufman menjawab, ianya merupakan satu revolusi yang baru. Peminat lama atau, peminat baru boleh bermain God of War di PlayStation 4 tanpa bermain siri lama God of War. Ianya merupakan satu permulaan baru untuk Kratos dan juga peminat God of War.
Bila ditanyakan tentang Trilogy baru untuk God of War dan berlatar belakangkan Mitos Norse, beliau mengatakan bahawa yang menghidupakn Santa Monica Studio untuk dekad ini merupakan game God of War itu sendiri. Dikatakan bahawa yang God of War yang baru ini adalah satu permulaan kepada Era Mitos Norse. Mungkin akan ada Sequel dan juga Trilogi, tetapi God of War menceritakan tentang hubungan Kratos dan anaknya, Atreus.
Seperti yang kita tahu, kesemua siri God of War bertemakan tentang dendam dan juga amarah Kratos terhadap Zeus. Kali ini, kata Aaron Kaufman, ianya merupakan tentang perkembangan, hubungan antara Kratos dan Atreus. Seperti sedia maklum kita tahu siapa Kratos, merupakan seorang Tuhan yang penuh dengan dendam dan kemarahan, tetapi Atreus tidak pernah tahu siapakah Kratos sebenarnya. Dalam siri kali ini, ianya lebih kepada Kratos melatih Atreus untuk menjadi Tuhan dan Kratos takut jika Atreus telah mewarisi kemarahannya. Sedar atau tidak, tetapi Atreus nampak petunjuk semasa pengembaraan mereka berdua.
Masuk ke kawasan asing merupakan satu perkara yang susah dan merbahaya jika tiada teman. Dalam God of War kali ini, kami tertanya-tanya, adakah Kratos mempunyai sekutu? Takkan musuh je? Brokk dan Sindri merupakan sekutu Kratos yang korang akan jumpa, kerana diorang yang menempa kapak Kratos, Leviathan dan juga Mjolnir untuk Thor, yang menyebabkan Kratos boleh memanggil kapaknya kembali setelah dicampak. Semasa E3, didedahkan juga tentang seekor ular yang Atreus berkata ‘dia’ ingin menjadi rakan, dan juga ‘ Witch in the Woods ‘ akan menjadi sekutu Kratos. Selain itu juga, Mimir, kepala yang berada di pinggang Kratos.
Mengikut siri ini, memperkenalkan kepada kita adalah Atreus, anak kepada Kratos. Menjadi persoalan apabila, adakah Kratos akan mati dan Atreus akan membawa mantel Kratos? merujuk hal ini, Aaron Kaufman tidak mengatakan bahawa Atreus akan mengambil mantel Kratos pada masa hadapan, kerana Atreus masih cuba untuk membesar dan menjadi orang yang lebih baik dari Kratos. tetapi, sangat penting untuk pemain mengalami bagaimana Atreus membesar dan apa yang akan terjadi terhadap Atreus bila pemain sudah sampai ke destinasi.
Kepada korang yang biasa dengan Mitos Greek, korang mesti tahu siapa Atreus ni kan? Jadi, soalan kami kepada Aaron, ‘Apakah peranan Atreus dalam Mitos Norse?’. Aaron menjawab dengan mengatakan bahawa Kratos dan juga Atreus bukan karekter yang wujud dalam Mitos Greek dan juga Norse. tetapi, Santa Monica Studio jadikan Kratos dan Atreus sebagai satu muka surat yang hilang dalam Mitos Greek dan juga Norse. Dan menjadikan satu alam yang baru dan penceritaan yang baru.
Sesetengah dari korang mungkin tahu yang Mitos Norse ada 9 Alam semesta, tapi tidak didedahkan secara terperinci kepada kami, tentang kemasukan kesemua alam. Walaupon Aaron ada mengatakan tentang wujud 9 alam dalam God of War dan membenarkan kita untuk melawat sedikit sebanyak alam yang ada tetapi bukan kesemua 9 alam. Mungkin mereka akan menambahkannya sebagai DLC?
Antara salah satu ciri yang menarik untuk sesuatu game itu adalah mempunyai pengakhiran yang banyak dan berbeza. Bila ditanyakan soalan ini kepada Aaron, dia menjawab yang God of War hanya mempunyai 1 pengakhiran sahaja. Penceritaan yang spesifik dan fokus kepada Kratos dan Atreus. Pemain tidak perlu memainkan God of War berulang-ulang demi mendapatkan pengakhiran yang lain. Bagi kami, pengakhiran yang satu sudah cukup untuk kami.
Melihat kepada God of War sekarang yang dimainkan di kawasan tanah Nordic, kami juga begitu rasa ingin tahu, adakah God of War pada masa hadapan akan cuba memasuki ke dunia Mitos Jepun, Cina atau Egypt? Kami lega apabila mendengar bahawa ada mitos yang lain dalam alam God of War. Ini membuatkan Studio Santa Monica kepada arah yang berlainan pada masa hadapan. Tetapi kata Aaron, buat masa ini mereka baru sahaja memasuki Alam Norse dan akan cuba mengembankan lagi Era Mitos Norse tersebut.
God of War selama ini memang dimainkan secara perspektif orang ke tiga. Tetapi, kali ini, mereka melakukan sedikit perubahan darjah kamera, dimana di atas bahu. Ini kerana mereka ingin pemain merasakan sendiri bagaimana Kratos melakukan finisher terhadap musuh. Ini juga membuatkan pemain merasa seperti dialah Kratos.
Kita cuba menanyakan, adakah God of War kali ini ada Mod Co-op? kerana nampak adanya Atreus, kami merasakan mungkin ada Mod Co-op, tetapi sayangnya, Aaron Kaufman mengatakan bahawa tiada Mod Co-op untuk God of War. Kami terus menanyakan pula tentang sistem senjata dalam God of War, kerana seperti umum tahu yang kita dibekalkan satu sahaja senjata. Tetapi, yang menariknya, pemain boleh menaik taraf senjata Kratos dan juga meletakkan runes untuk mengembangkan lagi jenis serangan dan juga combo.
Terakhir sekali, kami secara telus bertanya, adakah Atreus akan mati. Kita tahu bahawa Atreus merupakan Tuhan, tetapi, kita tahu juga bagaimana selama ini Kratos merupakan pembunuh Tuhan. Menjawab soalan ini, Aaron menyatakan bahawa Atreus merupakan Elemen penting dalam pengembaraan kali ini. Bila Atreus dalam kesusahan, dia akan memanggil meminta tolong. Dan Kratos sebagai bapa, perlu membantu Atreus di dalam kesusahan.
Ini merupakan sedikit sebanyak temu ramah kami untuk memberitahu kesemuanya apa yang kami ingin tahu dari Aaron Kaufman. tetapi kami lega melakukan temu ramah ini dengan Aaron dan mengetahui informasi penting tentang God of War kali ini. Selain dari belajar bagaimana game ini dimainkan, cerita dia, dan kemana hala tujunya pada masa hadapan, kami juga lega apabila mendengar God of War kali ini bukan lah yang terakhir bagi Santa Monica Studio.
@gamersantaimy
Discussion about this post