Pada tahun 2010, produser Street Fighter – Yoshinori Ono dan produser Tekken – Katsuhiro Harada mengumumkan dua permainan “fighting” crossover iaitu: Street Fighter X Tekken, dan Tekken X Street Fighter, di mana yang pertama dikembangkan oleh Capcom manakala yang kedua dikembangkan oleh Bandai Namco. Walaupun Street Fighter X Tekken berjaya dilancarkan, Tekken X Street Fighter sehingga hari ini masih tiada apa-apa berita. Harada baru-baru ini mengesahkan dengan mulut sendiri bahawa Tekken X Street Fighter secara rasmi dibatalkan.
Harada menyatakan dia ingin kembali ke projek itu, tetapi akhirnya memutuskan untuk memberi fokus utama pada Tekken 7. Dalam satu temu ramah di sebuah rancangan radio, dia dan pengarah Tekken 7, Kouhei Ikeda ditanya mengenai perkembangan Tekken X Street Fighter di mana Harada mengesahkan bahwa permainan telah menghentikan pembangunan setelah menyiapkan permainan sebanyak 30%. Semua model dan animasi sudah pun disiapkan sebelum projek itu secara rasmi dibatalkan.
Menurut Harada dan Ikeda, watak wanita mendapat perhatian yang lebih khusus, termasuk Chun-Li dari Street Fighter. Mereka ingin mempamerkan model yang dibuat, tetapi disebabkan Street Fighter adalah harta intelek milik Capcom, mereka tidak akan dibenarkan. Namun, salah satu elemen yang berjaya diambil dari crossover ini adalah penampilan Akuma. Dengan menggunakan semula model dan animasi dari Tekken X Street Fighter, mereka dapat memasukkan Akuma di Tekken 7 sebagai watak DLC.
Walaupun projek crossover Tekken X Street Fighter telah dibatalkan, janganlah anda semua bersedih. Diumumkan pada minggu lepas, Kazuya Mishima akan membuat debut di Super Smash Bros. Ultimate sebagai watak DLC. Walaupun Ken dan Ryu dari Street Fighter sudah menjadi sebahagian daripada barisan watak, penambahan Kazuya mungkin akan memperkenalkan watak Tekken lain ke dalam permainan.
Sumber – YouTube
@gamersantaimy
Discussion about this post