Memiliki profesion sebagai pemain bola sepak bertaraf dunia, pastinya bukan penghalang untuk mereka mempunyai hobi selain dari bermain bola sepak. Dalam era yang sudah moden ini, PC dan konsol bukanlah benda asing atau sukar untuk didapatkan oleh seorang pemain bola sepak yang bergaji hampir berpuluh ribu dolar seminggu kan? Jadi kami disini ingin berkongsi dengan anda, beberapa fakta mengenai bintang bola sepak yang gila game seperti kita juga!
Neymar Jr. minat main COD dan Fortnite

Neymar Da Silva Santos Jr merupakan pemain negara Brazil dan bintang untuk kelab bola PSG yang gemar bermain game konsol dan PC. Neymar mempunyai PC khusus untuknya yang ditaja oleh jenama Aorus, dan beliau menggunakannya untuk bermain Fortnite, Call of Duty dan GTA. Beliau juga dikatakan sangat hebat bermain game Pro Evolution Soccer, dan jika dia bukan bintang di padang, Neymar mungkin jadi bintang di dunia game juga.
Antoine Griezmann pilih Xbox sebagai konsol kegemaran

Bintang kelab Atletico Madrid ini juga merupakan seorang gamer tegar dan menjadikan Xbox sebagai konsol kegemarannya. Griezmann mempunyai gaya sambutan gol-nya tersendiri dan jika anda bermain Fortnite, isyarat Take L yang terkenal itu diinspirasikan dari beliau. Mungkin kalau dia main FIFA, dia buat isyarat itu juga bila menghasilkan gol dekat sofa kan?
Jesse Lingard main game sebagai terapi

Pemain sayap Manchester United dan England ini banyak menghabis sebahagian besar waktu lapangnya untuk bermain permainan video. Hobi bermain game Lingard bermula apabila dia bersama MU telah kalah dalam perlawanan akhir Cup Final 2018. Mungkin masa itu Lingard kecewa sangat, jadi dia pun menggunakan game sebagai bentuk terapi.
Marcus Rashford pemain e-Sukan kelas pertengahan

Kalau tidak berada di padang untuk sesi latihan atau pun perlawanan, pemain bintang England, Marcus Rashford akan menghabiskan masanya bermain PlayStation. Disamping memegang karier sebagai pemain bola sepak, Rashford juga adalah seorang pemain e-sukan peringkat pertengahan dan beliau sangat kompetitif bila bermain game.
Andrea Pirlo mengkagumi PlayStation
Ingat pemain muda saja yang gila game? Ini kami masukkan pemain legenda yang sangat berdisiplin dan hebat mencicirkan lawannya di atas padang. Mesti anda tidak sangka yang Pirlo juga seorang pemain game tegar kan? Legenda Itali ini sangat suka bermain PlayStation dan pernah menyatakan yang konsol itu merupakan penemuan lagi hebat selepas kereta!
Fernando Torres ada bilik gaming sendiri
Peminat bola sepak dari semua kelab sangat mengidolakan Torres semasa zaman beliau di Liverpool. Bagi yang tidak tahu, semasa Torres bersama pasukan The Reds, beliau telah membuat ruang game sendiri yang khusus hanya untuk dia sahaja dan menelan belanja sehingga £35,000 (anggaran RM171,914.29)! Ada sumber mengatakan prestasi Torres mula merosot di Chelsea kerana beliau tidak diberikan ruang game.
David James bagi alasan kalah kerana banyak main Tekken

Masih ingat lagi dengan penjaga gol terhebat pasukan England ni? David James merupakan peminat tegar game, sampai ada tahap dimana beliau hilang fokus semasa perlawanan kerana terlalu banyak bermain game Tekken II dan Tomb Raider. Kisah ini disahkan oleh portal berita sukan ESPN dimana James menyatakan punca kekalahan pasukannya kerana beliau bermain game Tekken selama berjam-jam!
Ryan Babel tonton live stream game masa final World Cup
Pemain pasukan Belanda ini pernah diletakkan di bangku simpanan untuk keseluruhan musim World Cup 2010. Nak tau apa Babel buat semasa pasukannya yang lain sedang berjuang di perlawanan akhir World Cup itu? Beliau menonton maraton live stream permainan video! Jika anda peminat game PES, maka anda boleh sekepala dengan Babel.
Wendell Lira pencen dan jadi pro gamer
Masih ingat lagi dengan pemenang Anugerah Puskas tahun 2015? Wendell Lira merupakan bekas penyerang Brazil yang telah bersara dan kini menjadi seorang pemain video game profesional. Beliau juga mengatakan pendapatannya bermain game lebih tinggi berbanding bayarannya sebagai seorang pemain bola kebangsaan. Dah la hebat di atas padang, terjun dalam bidang game pun boleh jadi pemain profesional.
Kalau nak diikutkan memang ramai lagi pemain bola sepak terkenal yang gemar bermain permainan video apabila mereka tidak berada di padang. Anda juga boleh kongsikan dengan kami mengenai pemain bola lain yang gila game juga di ruang komen.
@gamersantaimy
Discussion about this post