Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Teaser baru untuk Quintessential Quintuplets: Season 2 didedahkan! Akan keluar awal 2021!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 30, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Teaser baru untuk Quintessential Quintuplets: Season 2 didedahkan! Akan keluar awal 2021!
Share on FacebookShare on Twitter

Quintessential Quintuplets (Gotōbun no Hanayome) telah berkongsi teaser dan poster baru untuk musim 2! Walaupun ia awalnya diumumkan untuk keluar pada Oktober 2020, musim kedua anime yang diadaptasikan oleh manga karya Negi Haruba ini telah ditunda kerana pandemik COVID-19 yang sedang berlangsung. Tetapi kita tidak perlu menunggu lama lagi sebelum musim seterusnya akan keluar Januari depan.

Untuk bantu peminat yang sedih kerana penangguhan anime, siri ini telah mengeluarkan promo dan poster baru untuk memberi gambaran yang lebih baik tentang tayangan perdananya pada bulan Januari. Anda boleh melihat promo dan poster di bawah:

Kaori (Endro~!, Yuyushiki, How to keep a mummy) akan mengarahkan musim kedua, sebagai pengganti Satoshi Kuwabara. Keiichirō Ōchi kembali daripada musim pertama untuk mengawasi skrip siri. Bibury Animation Studio (Azur Lane, Grisaia: Phantom Trigger) akan menghasilkan animasi, yang menggantikan Tezuka Productions. Masato Katsumata (Azur Lane) menyediakan reka bentuk watak dan berperanan sebagai ketua pengarah animasi. Hanae Nakamura dan Miki Sakurai kembali untuk mengarang muzik.

Sinopsis rasmi:

“Suatu hari, seorang pelajar sekolah menengah tahun kedua bernama Futaro Uesugi berjaya mendapat kerja sebagai seorang tutor swasta dengan gaji yang lumayan. Tetapi anak muridnya adalah rakan sekelasnya!! Dan mereka quintuplet!! Semuanya gadis-gadis cantik, tetapi mereka juga benci belajar dan hampir akan gagal! Tugas pertama Futaro adalah untuk mendapatkan kepercayaan mereka tetapi setiap hari mereka sentiasa penuh kegilaan! Mulahlah komedi romantik quintuplet Nakano yang 5x comel!!”

Sumber – 5Hanayome_anime

Tags: Gotōbun no HanayomeNegi HarubaQuintessential Quintuplets
Previous Post

Call of Duty: Modern Warfare Season Six menambah sistem Subway perjalanan pantas!

Next Post

Eiichiro Oda pasang niat nak capai bab ke-1000 One Piece Manga akhir 2020 ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Eiichiro Oda pasang niat nak capai bab ke-1000 One Piece Manga akhir 2020 ini!

Eiichiro Oda pasang niat nak capai bab ke-1000 One Piece Manga akhir 2020 ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd