Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tarikh pelepasan My Hero Academia: World Heroes Mission disahkan pada Ogos 2021 di Jepun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 8, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Tarikh pelepasan My Hero Academia: World Heroes Mission disahkan pada Ogos 2021 di Jepun!
Share on FacebookShare on Twitter

My Hero Academia terkenal di dunia sebagai salah satu siri anime terbaik buat masa sekarang di mana anime adiwira ini mempunyai banyak aksi hebat dan watak-watak unik. Disebabkan oleh populariti tersebut, francais ini telah menghasilkan beberapa filem spin-off. Kini, tarikh pelepasan untuk movie ketiga My Hero Academia: World Heroes Mission telah diumumkan pada bulan Ogos tahun 2021 di Jepun!

Maklumat itu didedahkan baru-baru ini ketika My Hero Academia: World Heroes Mission menampilan poster baru untuk filem anime ketiganya. Poster hebat itu mempamerkan semua watak kegemaran kami, tetapi bukan itu sahaja. Peminat juga diberitahu bahawa filem ketiga dijadualkan untuk membuat debut di Jepun pada 6 Ogos.

Pada masa ini, ia masih tidak jelas bila movie My Hero Academia ini akan ditayangkan untuk peminat antarabangsa termasuk Malaysia. Selalunya, ia akan keluar beberapa bulan selepas tayangan perdana di Jepun, dan itu pun boleh ditangguhkan bergantung pada situasi COVID-19 di negara masing-masing. Saya cuma berharap tarikh pelepasan untuk movie My Hero Academia: World Heroes Mission masih jatuh pada tahun ini.

Berikut adalah sinopsis rasmi untuk My Hero Academia: World Heroes Mission:

“Sebuah kumpulan misteri bernama Humarize amat percaya pada teori Quirk Singularity Doomsday yang menyatakan ‘apabila quirk bercampur dengan generasi akan datang, quirk itu akan membawa kepada penghapusan umat manusia.

Mereka telah menanam “Ideo Trigger Bombs” di beberapa negara di seluruh dunia yang memaksa pengguna menjadi balistik dan menyebabkan pemusnahan besar-besaran. Untuk menyelamatkan semua orang, Pro-Hero di seluruh dunia meminta hero-dalam-latihan dari U.A. Academy untuk membantu mereka dan membentuk Pasukan Hero Terpilih Berkelaskan Dunia. Objektif mereka adalah untuk menghentikan bom di seluruh dunia.

Deku, Bakugou, dan Todoroki, yang kini berlatih di agensi Endeavour, dipanggil untuk pergi ke negara yang jauh bernama “Oseon.” Namun, semasa operasi itu, Deku terlibat dalam satu peristiwa yang menyebabkan dia menjadi salah satu penjenayah paling dikehendaki di dunia. Dalam kekacauan ini, kumpulan Humarize mengumumkan kepada dunia bahawa mereka adalah dalangnya dan “had masa adalah 2 jam.”

Ia terserah kepada para Hero untuk menyelamatkan dunia dan masa depan hero lain dalam krisis paling berbahaya yang pernah berlaku dalam kisah My Hero Academia!”

Untuk segala liputan kami tentang francais My Hero Academia, sila tekan pautan ini.

Sumber – Twitter@heroaca_movie

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animefilemJepunmovieMy Hero AcademiaMy Hero Academia: World Heroes MissionTarikh pelepasan
Previous Post

Game Call of Duty ‘AAA’ baru dalam pembangunan untuk peranti mobile!

Next Post

Sedia untuk capai wand korang! Harry Potter: Magic Awakened bakal tiba di platform PC dan mobile!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Honkai: Star Rail Versi 3.3 ‘The Fall at Dawn’s Rise’ Bakal Tiba pada 21 Mei
Berita

Honkai: Star Rail Versi 3.3 ‘The Fall at Dawn’s Rise’ Bakal Tiba pada 21 Mei

May 12, 2025
Evo Japan 2025 – Semua Pengumuman Besar Dunia Fighting Game, Termasuk DLC & Update Terbaru!
Berita

Evo Japan 2025 – Semua Pengumuman Besar Dunia Fighting Game, Termasuk DLC & Update Terbaru!

May 12, 2025
Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Next Post
Sedia untuk capai wand korang! Harry Potter: Magic Awakened bakal tiba di platform PC dan mobile!

Sedia untuk capai wand korang! Harry Potter: Magic Awakened bakal tiba di platform PC dan mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd