Game Call of Duty ‘AAA’ baru dalam pembangunan untuk peranti mobile!

Sebuah game AAA Call of Duty baru untuk peranti mobile mungkin akan datang dari Activision, di mana mereka sedang membuka peluang pekerjaan untuk game misteri tersebut. Walaupun info lanjut mengenai permainan masih tidak diketahui, banyak khabar angin kini tersebar di internet. Tambahan pula, jawatan kosong terbaru ini juga membuat beberapa rujukan untuk studio baru bernama “Activision Mobile“.

Posting kerja kosong tersebut menunjukkan bahawa Activision Mobile hanya akan memberi tumpuan untuk permainan mudah alih AAA dalam pasukan dalaman penerbit. Walaupun diiklankan “akan berusaha untuk mencipta permainan terbaik“, tidak banyak yang dikongsikan mengenai apa yang mereka akan hasilkan dalam studio. Akhir sekali, studio tersebut juga menyatakan ingin mengupah produser untuk membikin permainan AAA Call of Duty sebagai projek pertama.

Majoriti komuniti Call of Duty percaya bahawa ia mungkin adalah adaptasi mobile untuk Call of Duty Warzone. Khabar angin lama juga menunjukkan bahawa game battle royale ini akan beralih ke peranti mudah alih, dan bahkan Activision pernah sentuh topik tentang projek ini.

Buat masa ini, Activision Mobile belum diumumkan secara rasmi oleh Activision. Mereka masih membuka kerja kosong untuk mengisi pasukan pengembangan, tetapi semuanya masih spekulasi tentang apa sebenarnya sedang dalam pembangunan. Yang pasti, sebuah game AAA Call of Duty mobile pasti akan datang di pelantar iOS dan Android dalam masa terdekat.

Untuk segala liputan kami tentang francais Call of Duty, sila tekan pautan ini.

Sumber – Activision

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Sertai Lah Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.