The International 2019 DOTA 2 atau T19 telah pun menamatkan tirainya sebentar tadi dengan menyaksikan kemenangan dari Team OG menentang Team Liquid! Tahniah buat OG kerana menjuarai 3-1 dengan taktik-taktik yang sangat padu untuk menewaskan Team Liquid.
Back to back!
We’re your The Internationals 2019 champions and double Aegis winners!
No one has ever done that in the history of Dota! #DreamOG #TI9 pic.twitter.com/18Ar8PZkTN
— OG @ #TI9 🇨🇳 (@OGesports) August 25, 2019
TI19 merupakan merupakan penyebaran kesembilan kejuaraan tahunan Dota 2. Dihoskan oleh Valve Corporation, ia berlaku di Mercedes-Benz Arena, Shanghai, China. Kejohanan ini menampilkan 18 pasukan bersaing untuk kolam hadiah berjumlah $ 30,000,000.00 (anggaran MYR 125,730,000.00).
Team OG berjaya membawa wang tunai USD $15,422,491 (anggaran MYR 64,6356,59.78) dan tempat kedua yang dimenangi Team Liquid telah membawa pulang USD $4,406,426 (anggaran MYR 18,4673,31.37). Bukan itu sahaja, ditempat ketiga dan juga keempat juga dimenangi oleh pasukan yang ada anak tempatan Malaysia kita iaitu PSG.LGD yang ada xNova dan Team Secret MidOne. Kedua pasukan ini telah berentap tetapi tewas ditangan pasukan Team OG dan Team Liquid. Team PSG.LGD telah membawa pulang USD $3,050,603 (anggaran MYR 12,7850,77.17) untuk tempat ketiga dan Team Secret membawa pulang USD $2,033,735 (anggaran MYR 85,233,83.38).
Tahniah sekali lagi pada juara bertahan Team OG untuk kali kedua!
@gamersantaimy
Discussion about this post