Pada 1 April lalu, Uniqlo telah mengeluarkan T-Shirt UT bertemakan The Super Mario Family Museum collection, dan harus dikatakan ianya memiliki design yang menggamit kenangan kita semua.
Design yang ditampilkan tampak ringkas, tetapi unik. Antaranya, T-Shirt plan berwarna putih menampilkan gambar asal 8-bit Mario, tetapi di bahagian tepi, cetakan Mario sedang berjalan:
Ada juga design seperti jaluran pelangi Super Famicom bersama dengan telur Yoshi di bahagian dada:
Untuk peminat baju berpoket, antara design yang menarik adalah T-Shirt hitam dengan poket depan bermotifkan Bullet Bill:
Untuk koleksi wanita pula, ianya didatangkan dengan potongan T-Shirt yang lebih ketat. Selain daripada motif Princess Peach, design-design yang lain adalah hampir sama untuk lelaki dan wanita.
Untuk kanak-kanak pula, ianya menampilkan warna yang lebih cerah dengan design yang lebih kartun:
Koleksi Super Mario Museum ini boleh didapati di semua kedai Uniqlo seluruh negara, jualan atas talian Uniqlo di Jepun dan seluruh dunia. Perlu diberitahu adalah jualan atas talian di US adalah lebih mahal daripada Jepun. Tetapi pembelian di kedai lebih menarik kerana anda akan diberikan beg kertas Mario.
Sekiranya ketika ini anda berada di Osaka, Jepun; jangan ketinggalan untuk melawat kedai Uniqlo di Shinsaibashi kerana bangunannya dinyalakan setiap malam sehingga pertengahan April ini dengan tema 8-bit Super Mario yang berbeza setiap malam.
Bagi peminat Splatoon pula, anda akan boleh memiliki tee grafik yang menampilkan Judd dan Lil’ Judd buat julung kalinya:
Oleh kerana Splatoon merupakan game yang penuh dengan warna, sudah tentu terdapat design yang kelihatan seperti warna-warna disepahkan di atas T-Shirt:
Bagi kanak-kanak, terdapat design yang dikatakan lebih menarik daripada apa yang ditawarkan untuk orang dewasa:
T-Shirt Splatoon ini bakal dijual bermula 22 April ini di semua saluran jualan Uniqlo. Maka, bersiap sedialah untuk berbelanja!
Sumber: soranews24.com
@gamersantaimy
Discussion about this post