Wangyuan Shengtang dan pembangun Aurogon Shanghai telah secara rasmi mendedahkan Swords of Legends, judul utama seterusnya dalam francais Gujian yang terkenal.
Sebelum ini diumumkan sebagai Gujian 4 pada tahun 2021, RPG aksi single-player ini dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5 dan akan dilancarkan di PC serta konsol yang belum dinyatakan. Tarikh pelancaran masih belum diumumkan.
Berlatarkan dunia mistik yang diilhamkan oleh sastera dan cerita rakyat mitos Cina, Swords of Legends meletakkan pemain dalam peranan unik seorang “Underworld Enforcer.”
Diberi tugas untuk merentasi alam orang hidup dan orang mati, pemain akan memulakan pengembaraan untuk memandu roh-roh yang telah pergi, membantu mereka meleraikan sisa kekesalan sebelum mereka meneruskan perjalanan.

Dalam sesi Soal Jawab yang dikeluarkan di laman web rasmi, Aurogon Shanghai mengesahkan bahawa Swords of Legends adalah sekuel rasmi bagi siri single-player Gujian, yang akan membina dan memperluaskan lagi alam semestanya.
Walau bagaimanapun, pihak studio memberi jaminan kepada peminat bahawa pemain baharu tidak perlu bermain judul-judul sebelumnya untuk menikmati pengalaman ini, kerana game ini menampilkan barisan watak baharu dan naratif yang lengkap dan tersendiri.

Pembangun turut menjelaskan struktur game ini, menggambarkannya sebagai pengalaman “wide linear” dan bukannya permainanopen-world sepenuhnya atau “Soulslike”. Fokus utama adalah pada cerita utama yang padat dengan rentak dan penceritaan sinematik yang kaya, dilengkapi dengan penerokaan dan misi sampingan.

Sistem combat direka agar mudah diakses oleh pemain dari semua tahap kemahiran, sambil mengelakkan kesukaran yang terlalu menghukum. Satu mekanik penting, “soul capturing,” membolehkan pemain menangkap roh raksasa tertentu dan menyeru mereka untuk membantu dalam pertempuran.
Rakan-rakan seperjuangan ini, termasuk watak mitologi yang dikenali seperti Ox-Head dan Horse-Face, juga boleh mengambil bahagian dalam serangan kombo cooperative. Sistem combat ini akan diperkaya lagi dengan kombinasi senjata dan kemahiran yang fleksibel serta pelbagai item utiliti yang boleh ditemui melalui penerokaan.

Aurogon Shanghai juga memberikan pandangan yang telus mengenai proses pembangunannya. Selepas pendedahan awal pada 2021, pasukan pembangunan memutuskan untuk membina game ini menggunakan Unreal Engine 5 bagi memenuhi jangkaan kualiti yang tinggi.
Setelah melalui tempoh penyelidikan dan mengatasi cabaran bajet, studio ini berjaya mendapatkan pelaburan pada awal 2024, membolehkan projek ini memasuki fasa pembangunan penuh.
Game ini kini berada di “peringkat produksi besar-besaran,” dan pelancaran trailer pertama bertujuan untuk mempamerkan kemajuan serta menarik lebih ramai bakat luar biasa untuk menyertai pasukan mereka.

Swords of Legends akan menjadi judul premium untuk single-player, dan pihak pembangun mengesahkan tiada rancangan untuk model free-to-play atau versi mobile.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.









Discussion about this post