Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SUSHIRO Singapore Umum Kolaborasi Pertama Bersama Street Fighter!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 12, 2025 - Updated on June 13, 2025
in Acara, Artikel, Berita, Kolaborasi
0 0
0
SUSHIRO Singapore Umum Kolaborasi Pertama Bersama Street Fighter!
Share on FacebookShare on Twitter

SUSHIRO Singapore bakal mengadakan kolaborasi sulung mereka bersama francais ikonik Capcom, Street Fighter, sempena ulang tahun kedua pelancaran global Street Fighter 6 pada 2 Jun 2023.

PERHATIAN!! TIDAK HALAL!!!

Kolaborasi istimewa ini akan berlangsung dari 18 Jun hingga 31 Julai 2025, dibahagikan kepada dua fasa: Fasa 1 bermula 18 Jun hingga 8 Julai, diikuti Fasa 2 dari 9 Julai hingga 31 Julai.

Para peminat dan pencinta makanan boleh menikmati pengalaman unik ini di semua cawangan SUSHIRO Singapura. Menariknya, satu lokasi utama—Suntec City and Perennial Business City—akan diubah suai menjadi arena bertemakan Street Fighter, lengkap dengan dekorasi eksklusif dan ruang bergambar untuk pengunjung merakam kenangan.

Antara tarikan utama kolaborasi ini adalah menu terhad Street Fighter x SUSHIRO, yang menawarkan tiga hidangan khas yang hanya boleh didapati sepanjang tempoh acara.

Setiap hidangan akan disertakan dengan pencungkil makanan edisi khas Street Fighter, direka dalam gaya seni piksel 16-bit yang membangkitkan nostalgia. Terdapat 34 rekaan watak rawak untuk dikumpul. Menu eksklusif tersebut terdiri daripada:

  • Giant Cut Fresh Salmon in Yuzu Soy (S$4.5++)
  • Shiokoji Scallop with Salmon Roe (S$4.5++)
  • Almond Pudding with Strawberry Sauce (S$3.5++)

Notis: Harga berbeza untuk cawangan Sushiro Mandai (Digiro).

Barangan Eksklusif Edisi Terhad

Bagi yang ingin membawa pulang cenderamata eksklusif, pembelian minimum S$20 dalam satu resit melayakkan pelanggan membeli sehingga tiga barangan edisi khas setiap transaksi. Koleksi barangan berbeza mengikut fasa:

  • Fasa 1 (18 Jun – 8 Julai 2025)
    • Street Fighter Keychain (S$8.9+ setiap satu): Tiga rekaan menampilkan Ryu, Juri & Chun-Li, serta Cammy & E. Honda menikmati sushi di SUSHIRO.
    • Character Plushie (S$15.9+ setiap satu): Plushie comel watak Cammy, Akuma, dan Ed.
  • Fasa 2 (9 Julai – 31 Julai 2025)
    • Street Fighter Keychain (S$8.9+ setiap satu): Tiga rekaan baharu memaparkan Blanka & Lily, DeeJay & Kimberly, serta Sakura & Dan menikmati sushi.
    • Beg Kanvas Street Fighter (S$14.9+ setiap satu): Beg tote istimewa menampilkan maskot SUSHIRO bersama watak-watak Street Fighter, direka khusus untuk kolaborasi ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai kolaborasi Street Fighter ini, layari media sosial rasmi SUSHIRO Singapore.

Tags: Street FighterSUSHIRO Singapore
ShareTweetSend
Previous Post

ASUS Malaysia Melancarkan Laptop TUF Gaming Baharu, Dilengkapi GPU RTX 50 Series!

Next Post

Resident Evil Requiem – Info Baru Naratif & Protagonis, Turut Sokong First-Person & Third-Person!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Resident Evil Requiem – Info Baru Naratif & Protagonis, Turut Sokong First-Person & Third-Person!

Resident Evil Requiem - Info Baru Naratif & Protagonis, Turut Sokong First-Person & Third-Person!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd