ASUS Malaysia kini memperkenalkan barisan laptop TUF Gaming terbaharu yang dilengkapi dengan GPU berkuasa NVIDIA RTX 50 Series. Direka khas untuk para gamer yang mahukan ketahanan, mobiliti, dan prestasi hebat, barisan ini merangkumi model TUF Gaming F16, A16, dan TUF Gaming A14 yang serba ramping.
Kesemua model ini kini sudah boleh didapati di seluruh Malaysia.
TUF Gaming F16 dan A16

TUF Gaming F16 (FX608) dan A16 (FA608) dibina untuk menepati keperluan gamer tegar dengan ketahanan bertaraf tentera serta spesifikasi terkini. Model F16 hadir dengan cip pemprosesan sehingga Intel Core i7 14650HX, manakala A16 pula dipacu oleh AMD Ryzen 9 8940HX.
Kedua-duanya dipadankan dengan GPU berkuasa sehingga NVIDIA RTX 5070 Laptop, memberikan prestasi grafik mantap untuk game AAA terkini dan judul e-sukan kompetitif.
Laptop ini turut hadir dengan memori DDR5 16GB serta storan PCIe Gen 4 sehingga 1TB, dan kedua-duanya boleh dinaik taraf agar kekal relevan untuk kegunaan jangka panjang.
Pengguna akan menikmati skrin 16 inci beresolusi WQXGA dengan kadar segar semula sehingga 144Hz dan liputan warna 100% sRGB untuk paparan visual yang lebih hidup dan tajam.

TUF Gaming A14

Bagi mereka yang lebih gemar gaya hidup aktif, TUF Gaming A14 (FA401) tampil sebagai pilihan paling ringan dengan berat hanya 1.46kg dan ketebalan 1.69cm.
Walaupun bersaiz kompak, ia tetap menawarkan kuasa prestasi yang mengagumkan menerusi GPU NVIDIA GeForce RTX 5060, diperkasa oleh teknologi AI DLSS 4.0 dan Multi Frame Generation untuk pengalaman gaming yang lebih lancar dan imersif.
A14 turut menggunakan cip AMD Ryzen AI 7 350 dengan 8 core, 16 thread, serta NPU dalaman berkuasa 50 TOPS untuk keupayaan AI, menjadikannya sesuai untuk gaming, penstriman, dan tugasan multitasking.
Laptop ini juga menampilkan paparan 14 inci WQXGA dengan refresh rate 165Hz, memberikan visual yang licin, sesuai untuk game e-sukan pantas dan tontonan filem berkualiti tinggi.
Pilihan Model:
Kesemua model TUF Gaming RTX 50 Series baharu ini kini boleh dibeli di Malaysia, lengkap dengan beg galas TUF secara percuma. Berikut merupakan harga dan spesifikasi utama setiap model:
- ASUS TUF Gaming A14 (FA401K-MRG025W)
- CPU: AMD Ryzen™ AI 7 350
- GPU: NVIDIA® GeForce RTX™ 5060 8GB GDDR7
- Paparan: 14″ IPS (2560 x 1600) 165Hz
- RAM: 32GB LPDDR5X 7500
- Storan: 1TB PCIe® 4.0 NVMe™ M.2 SSD
- Bateri: 73WHrs
- Harga: RM 7,499
- ASUS TUF Gaming A16 (FA608P-PQT053W)
- CPU: AMD Ryzen™ 9 8940HX
- GPU: NVIDIA® GeForce RTX™ 5070 8GB GDDR7
- Paparan: 16″ IPS (2560 x 1600) 165Hz
- RAM: 16GB DDR5-5200
- Storan: 1TB PCIe® 4.0 NVMe™ M.2 SSD
- Bateri: 90WHrs
- Harga: RM 7,299
- ASUS TUF Gaming F16 (FX608J-MRRV058W)
- CPU: Intel® Core™ i7 Processor 14650HX
- GPU: NVIDIA® GeForce RTX™ 5060 8GB GDDR7
- Paparan: 16″ IPS (1920 x 1200) 165Hz
- RAM: 16GB DDR5-5200
- Storan: 1TB PCIe® 4.0 NVMe™ M.2 SSD
- Bateri: 90WHrs
- Harga: RM 6,499
- ASUS TUF Gaming F16 (FX608J-MRV040W)
- CPU: Intel® Core™ i5-13450HX Generasi ke-13
- GPU: NVIDIA® GeForce RTX™ 5060 8GB GDDR7
- Paparan: 16″ IPS (1920 x 1200) 165Hz
- RAM: 16GB DDR5-5200
- Storan: 512GB PCIe® 4.0 NVMe™ M.2 SSD
- Bateri: 90WHrs
- Harga: RM 5,999
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi ASUS Malaysia atau peniaga sah.
@gamersantaimy
Discussion about this post