Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Resident Evil Requiem – Info Baru Naratif & Protagonis, Turut Sokong First-Person & Third-Person!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 12, 2025
in Artikel, Berita, PC, PS5, Seram, Steam, Survival, Xbox Series X|S
0 0
0
Resident Evil Requiem – Info Baru Naratif & Protagonis, Turut Sokong First-Person & Third-Person!
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom akhirnya mendedahkan maklumat terbaru mengenai Resident Evil Requiem, entri kesembilan dalam francais survival horror terkenal ini, yang akan tiba pada 27 Februari 2026 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam.

Kisahnya bermula dengan satu penemuan ngeri: mayat yang reput akibat jangkitan misteri ditemui di sebuah hotel terbiar di Raccoon City, bandar kecil di Midwest, Amerika Syarikat, yang pernah menjadi pusat letusan wabak zombi pada tahun 1998.

Sebagai bekas markas kepada syarikat farmaseutikal gergasi, Umbrella Corporation, yang kini sudah berkubur, Raccoon City kekal sebagai simbol kengerian dunia, dengan sejarah hitamnya cuba dipadamkan selepas serangan peluru berpandu yang disembunyikan oleh pihak kerajaan.

Watak utama kali ini adalah Grace Ashcroft, seorang penganalisis risikan FBI yang terkenal dengan kebijaksanaan dalam siasatan deduktif. Namun, bagi Grace, kes ini lebih daripada sekadar tugas biasa… ia bersifat peribadi.

Hotel tempat mayat itu ditemui merupakan lokasi sama di mana ibunya meninggal dunia lapan tahun lalu, tragedi yang membentuk dirinya menjadi seorang yang tertutup dan terlalu fokus dengan kerja. Ketika menyiasat misteri ini, Grace mula merungkai rahsia yang mengaitkan kematian ibunya dengan tragedi biologi yang melanda Raccoon City.

Resident Evil Requiem mengekalkan elemen survival horror klasik yang sinonim dengan siri ini dengan combat penuh tekanan, teka-teki mencabar, pengurusan sumber yang terhad, dan suasana yang seram.

Namun kali ini, Capcom memperkenalkan sistem kawalan dinamik di mana pemain boleh bertukar antara perspektif first-person dan third-person, memberikan kebebasan untuk menyesuaikan gaya permainan mengikut cita rasa masing-masing.

Majoriti game Resident Evil sebelum ini menggunakan sudut pandang third-person, tetapi Resident Evil 7: biohazard memperkenalkan first-person buat pertama kali dalam siri tersebut, diikuti pula oleh Resident Evil Village sebelum kembali menawarkan pilihan third-person menerusi DLC Winter’s Expansion.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Resident Evil Requiem.

Tags: Resident Evil Requiem
ShareTweetSend
Previous Post

SUSHIRO Singapore Umum Kolaborasi Pertama Bersama Street Fighter!

Next Post

Reviu DAN DA DAN: EVIL EYE – Permulaan Rancak Sebelum Tayangan Season 2!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!
PC

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!

June 5, 2026
Next Post
Reviu DAN DA DAN: EVIL EYE – Permulaan Rancak Sebelum Tayangan Season 2!

Reviu DAN DA DAN: EVIL EYE - Permulaan Rancak Sebelum Tayangan Season 2!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd