Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Surviving Mars kini percuma di Epic Games! Tebus sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 12, 2021
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, PC
0 0
0
Surviving Mars kini percuma di Epic Games! Tebus sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Buat masa sekarang, game “sci-fi city builder” Surviving Mars adalah percuma di Epic Games Store tetapi akan digantikan dengan The Fall pada minggu depan. Bagi mereka yang berminat, Surviving Mars kini tersedia bermula hari ini hingga 18 Mac, jadi tebus game ini sekarang!

Explore the Red Planet and discover her secrets in Surviving Mars, free to claim until March 18 and yours to keep!

🔗 https://t.co/FwOnE6BX8H pic.twitter.com/Bbq4EGYI8q

— Epic Games Store (@EpicGames) March 11, 2021

Surviving Mars adalah survival city-builder komprehensif berdasarkan planet Marikh, di mana pemain harus belajar untuk bertahan hidup di planet yang sunyi itu. Itu bermaksud mencari sumber makanan, menjaga tenaga kerja, melombong mineral penting, dan secara amnya, memastikan rumah anda dapat bertahan persekitaran Marikh yang kejam.

Sepanjang perjalanan anda, pemain akan menemui perkara-perkara yang menakutkan dan rahsia lain yang harus dibongkarkan, kerana Surviving Mars mempunyai banyak jalan cerita yang rumit dan menarik untuk dialami. Di Metacritic, game ini berjaya mencapai skor 76 semasa pelancaran, dengan ramai yang memuji nilai pengeluarannya yang tinggi dan gameplay-nya yang menarik.

Untuk game percuma minggu depan, The Fall adalah permainan “story-focused, sci-fi adventure” di mana pemain bermain sebagai AI yang mengawal baju angkasawan yang tidak sedar. Asas gameplay adalah untuk memastikan manusia itu selamat, ketika mereka merentasi planet asing yang dipenuhi dengan musuh menakutkan untuk melawan dan misteri untuk diselesaikan. Ia menjadi game indie yang terkenal setelah membuat debut pertama dan saya pasti ramai akan tertarik untuk mencuba game ini apabila ia percuma pada minggu depan.

Sebelum ini, Epic Games Store telah menghadiahkan Alien Isolation, Grand Theft Auto 5, Watch Dogs 2, Just Cause 4, Star Wars: Battlefront 2, dan banyak lagi secara percuma. Jadi memang tak putus lah game-game mantap untuk kita cuba setiap bulan. Untuk segala liputan kami tentang Epic Games Store, sila tekan sini.

Sumber – Epic Games

Tags: epic games storeFreePCPercumaSurviving Mars
Previous Post

[Review] ASUS ZenBook Flip S OLED (UX371), Laptop ternipis dengan 4K OLED!

Next Post

Monster Hunter Rise Demo Ke-2 hadir Hari Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat
Review

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat

July 31, 2026
Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4
DLC

Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4

July 31, 2026
Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer
Berita

Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer

July 31, 2026
Next Post
Monster Hunter Rise Demo Ke-2 hadir Hari Ini!

Monster Hunter Rise Demo Ke-2 hadir Hari Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd