Wah nampaknya NetEase Game telah membawa kemaskini terbaru untuk permainan battle royale mobilenya yang popular iaitu Super Mecha Champions (SMC)! Dalam pengumuman kemaskini terbaru ini, SMC nampaknya akan datang bersama Mecha terbaru, Skin terbaru dan Cabutan hadiah koleksi musim S2!
Pilot kini boleh beraksi dengan Mecha terbaru yang bernama “Raven” yang anak panahnya menembusi langit malam yang gelap! Skin SS-level dan S-level juga kini dibuka untuk Mecha Andromeda, Hotsteel dan Skylark. Jadi, para pilot semua, ribut Mecha yang terbaru ini telah bersedia mengegarkan SMC anda!
Raven merupakan sebuah Mecha yang mengfokuskan serangan jarak jauh, menggunakan panah berkuasanya sebagai senjata utama! Sebaik sahaja kuasa maximum tercapai, anak panah yang dilepaskan akan memberikan kerosakan padu! Senjata ini juga memberi sokongan tiga kali berturut-turut! Pilot yang menggunakan Raven juga boleh menggunakan grappling hook untuk mencapai kawasan lindungan yang tinggi dan sniping dari jauh musuh anda!
Selain itu, cabutan hadiah koleksi musim kini dibuka dan menandakan kejayaan musim S2 dan dinamakan Daybreak! Pelbagai kemaskini terbaru khas untuk Mecha kegemaran pilot anda dan juga watak anda. Andromeda, Hotsteel dan Skylark kesemuanya mendapat makeover terbaru. Skin untuk Andromerda adalah Hildr the Valkirie – satu simbol cahaya paling murni dan pengakhiran malam. Pakaian terbaru turut tersedia untuk Rom dan Ivan juga, Pilot kini boleh beraksi dengan rupa baru di Mecha City.
Super Mecha Champions turutmembawa sistem Anti-Cheating untuk membina persekitaran gameplay yang adil untuk kesemua pemain SMC seluruh dunia. Dalam masa-masa yang akan datang, SMC akan teruskan memberi pelbagai lagi kemaskini yang menarik termasuk Mecha dan Watak terbaru juga termasuk peraduan model terbaru untuk kegilaan Mecha yang tidak berkesudahan.
Jadi, jangan lupa dapatkan lebih informasi dan segala kemaskini di laman web rasmi Super Mecha Champions, Facebook dan Youtube mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post