Masih ingat tidak ketika Thailand Game Show 2019 Oktober lalu kami ada menyatakan bahawa Marvel Super War membuka pra-pendaftaran untuk ujian beta kedua mereka? Iya, sekali lagi NetEase Games dan Marvel Entertainment mengumumkan pelancaran ujian beta kedua ini telah bermula hari ini sehingga 1 Disember ini!! Para pengguna Android di Malaysia, Singapura, India, Thailand, Indonesia dan Filipina akan mendapat peluang untuk mencuba sendiri dan mengalami penambahbaikan terbaru kepada gelaran sebelum permainan ini menjadi tersedia sepenuhnya kepada orang ramai.
Dalam MARVEL Super War, pemain boleh mengambil peranan ikon Super Heroes dan Super Villains dari MARVEL Universe untuk mencipta detik-detik epik di medan perang. Beta pertama, yang telah dijalankan pada bulan Mei tahun ini, telah mendapat sokongan hebat daripada para pemain yang bersemangat memberi maklum balas yang terbaik.
Melalui maklum balas yang diterima pemain, pihak pasukan pemaju telah berusaha untuk meningkatkan pengalaman permainan keseluruhan dalam beberapa bulan yang lalu, termasuk memperluaskan kebolehan setiap wira, mengoptimumkan pengalaman rangkaian dan persembahan, meningkatkan visualisasi medan perang, menyesuaikan kesan grafik reka bentuk antara muka dan beberapa penambahbaikan yang lain.
Selain mengoptimumkan pengalaman permainan, MARVEL Super War juga menyediakan kandungan yang segar dan menarik untuk pemain. Mereka yang menyertai beta kedua ini akan dapat menjadi yang pertama bermain dengan Iron Man yang sangat dinantikan di medan perang Wakanda. Pelbagai jenis skin asli yang rare, seperti skin Groot dan Rocket Raccoon yang bertemakan skin Arcades, dan kulit Bleeding Edge Iron Man yang diilhamkan oleh Marvel’s The Avengers, akan diturunkan untuk kali pertama semasa ujian ini juga!
Jadi jangan tunggu lama-lama, sertai sekarang dan terus kemaskini di laman web rasmi Marvel Super War, Facebook, Instagram dn Youtube mereka! Sebarang persoalan juga anda boleh lihat di pautan Facebook Marvel Super War FAQ.
Pra pendaftaran untuk keluaran rasmi juga sedang dijalankan! Jadi jangan lupa untuk pra-daftar sekarang dan pelbagai ganjaran bakal hadir bagi kesemua peminat permainan MOBA!
@gamersantaimy
Discussion about this post