Sony Interactive Entertainment bersama Sucker Punch Productions telah memperkenalkan PS5 Console – Ghost of Yōtei Limited Edition Bundle, yang tampil dengan rekaan eksklusif berinspirasikan game akan datang, Ghost of Yōtei.
Konsol PS5 edisi terhad ini, lengkap dengan disc drive, menampilkan estetika menarik yang diilhamkan oleh seni kintsugi – seni tradisional Jepun yang memperbaiki seramik retak menggunakan emas dan lakuer.
Menurut mereka, pilihan ini melambangkan keindahan dalam “ketidaksempurnaan”, seiring dengan kisah protagonis, Atsu, yang melalui perjalanan penuh dendam, penyembuhan dan ketabahan. Reka bentuk unik ini turut dilengkapi dengan DualSense Wireless Controller yang sepadan, menampilkan siluet Atsu pada touchpad.
Kedua-dua konsol dan controller ini dihiasi dengan cap khas berinspirasikan bentuk simbol PlayStation.


Bundle ini turut disertakan dengan salinan digital Ghost of Yōtei Standard Edition, beserta bonus pra-pesanan seperti topeng istimewa dalam game dan satu set tujuh avatar PSN yang memaparkan seni konsep Atsu dan Yōtei Six – watak penting dalam naratif utama.

Untuk mereka yang sudah memiliki PS5 (versi slim) atau PS5 Pro yang baru diumumkan, Sucker Punch juga menawarkan Console Cover – Ghost of Yōtei Gold Limited Edition, yang dijual secara berasingan.
Penutup ini mengekalkan motif kintsugi dan cap seperti pada konsol edisi khas, dan hanya boleh didapati dalam kuantiti terhad menerusi pengedar sah PlayStation. Selain itu, DualSense Wireless Controller – Ghost of Yōtei Gold Limited Edition juga akan dijual secara berasingan.

PS5 Console – Ghost of Yōtei Gold Limited Edition Bundle bersama aksesori berkaitan akan mula dilancarkan pada 2 Oktober 2025, bertepatan dengan pelancaran rasmi Ghost of Yōtei. Maklumat pra-pesanan akan diumumkan kemudian, dan peminat digalakkan untuk menyemak kedai game pilihan mereka untuk perkembangan lanjut.









Discussion about this post