Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ghost of Yotei “Gameplay Deep Dive” – Mode Baharu, Pilihan Senjata Lagi Banyak & Eksplorasi Lebih Luas

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 11, 2025
in Action, Artikel, Berita, Open World, PS5
0 0
0
Ghost of Yotei “Gameplay Deep Dive” – Mode Baharu, Pilihan Senjata Lagi Banyak & Eksplorasi Lebih Luas
Share on FacebookShare on Twitter

Sucker Punch Productions mempersembahkan Ghost of Yotei, sekuel yang dinanti-nantikan kepada Ghost of Tsushima, dalam acara State of Play terbaharu yang dibawakan oleh pengarah kreatif Nate Fox dan Jason Connell.

Akan dilancarkan pada 2 Oktober 2025 untuk PS5 dan PS5 Pro, siaran ini memberikan gambaran terperinci tentang aspek penerokaan, sistem combat, dan mod sinematik dalam game.

Mod Sinematik Baharu

Sucker Punch meneruskan gaya sinematik mereka dengan menghidupkan semula mod Kurosawa kegemaran ramai iaitu filter hitam putih yang memberi penghormatan kepada filem klasik pengarah legenda itu. Kali ini, dua lagi mod baharu diperkenalkan, diinspirasikan daripada pembikin filem Jepun terkenal, Shinichirō Watanabe dan Takashi Miike.

Mod Watanabe menghadirkan runut bunyi lo-fi ciptaan pengarah itu sendiri yang dimainkan ketika sesi gameplay. Sebaliknya, mod Miike menampilkan sudut kamera yang lebih rapat dengan watak utama, Atsu, serta memberi penekanan pada kesan combat yang lebih brutal seperti darah dan lumpur, untuk pengalaman yang lebih ganas.

Tambahan pula, game ini kini menampilkan lakonan suara penuh dalam bahasa Jepun yang disertakan dengan penyegerakan bibir yang lebih tepat… satu penambahbaikan besar berbanding Ghost of Tsushima yang asal.

Combat Lebih Dinamik dengan Pelbagai Senjata

Siaran ini juga menunjukkan evolusi sistem combat. Tidak seperti Ghost of Tsushima yang memfokuskan pada pertukaran stance, Ghost of Yotei memperkenalkan pelbagai jenis senjata untuk watak utama baharu, Atsu.

Pemain boleh menukar antara senjata seperti katana, dual katana, odachi (pedang besar), tombak, kusarigama, serta senjata jarak jauh seperti kunai, busur, anak panah, dan senapang.

Setiap senjata mempunyai kelebihan tersendiri untuk situasi tertentu. Sebagai contoh, odachi sesuai untuk lawan yang besar manakala dual katana berkesan menentang musuh bertombak. Semua ini menawarkan lebih strategi dalam pertarungan.

Berbeza dengan Jin Sakai, Atsu bertindak berdasarkan dendam, bukan kehormatan. Dia tidak terikat dengan sebarang kod samurai, dan sedia menggunakan apa sahaja cara untuk membalas dendam terhadap Yotei Six, kumpulan pahlawan yang telah membunuh keluarganya. Sifat ini turut membawa elemen baru dalam combat.

Atsu boleh melucutkan senjata musuh, namun musuh juga boleh melakukan perkara yang sama kepadanya.

Penerokaan Dunia

Ghost of Yotei turut menampilkan elemen eksplorasi yang lebih luas, dengan rentak yang lebih perlahan bagi menggalakkan pemain menghargai perjalanan. Sistem kad serba baharu diperkenalkan untuk menjejaki tugasan dan objektif serta menyoal siasat musuh, membolehkan pemain menavigasi dunia dengan lebih bebas serta membuka kawasan baharu.

Pemain boleh mendirikan khemah di kawasan tertentu untuk berehat, memasak makanan, dan bertemu NPC yang mungkin menawarkan barangan, tugasan, atau penaiktarafan senjata dan kebolehan.

Salah satu teman yang diperkenalkan ialah seekor serigala, yang pernah muncul dalam trailer awal, dan mampu membantu Atsu dalam pertarungan.

Aktiviti sampingan baharu seperti “bounty hunting” membolehkan pemain menjana wang sambil menaikkan reputasi Atsu. Namun, semakin tinggi reputasinya, semakin besar ganjaran untuk menangkapnya.

Siaran ini juga mendedahkan satu ciri istimewa di mana pemain boleh mengimbas kembali masa lalu dan masa kini di rumah keluarga Atsu, memberikan pandangan kontras antara kehidupan sebelum dan selepas tragedi.

Akhir sekali, acara ini turut memperlihatkan dua model PS5 edisi khas dan controller sepadan yang akan dilancarkan serentak dengan game pada bulan Oktober. Butiran lanjut mengenainya boleh dirujuk dalam artikel kami sebelum ini.

Tags: Ghost of Yotei
ShareTweetSend
Previous Post

Sucker Punch Mendedahkan Konsol & Aksesori PS5 Edisi Terhad Ghost of Yōtei!

Next Post

Resident Evil Survival Unit Bakal Keluar Tahun Ini, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Resident Evil Survival Unit Bakal Keluar Tahun Ini, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka

Resident Evil Survival Unit Bakal Keluar Tahun Ini, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd