Mungkin ada antara anda yang tidak tahu, siri game Monster Hunter menyambut ulang tahunnya yang ke-20 pada tahun ini! Pelbagai kolaborasi yang telah dilakukan sepanjang kempen ulang tahun tersebut seperti MSI, PUMA dan lain-lain. Capcom juga tidak melepaskan peluang untuk melakukan kolaborasi antara Street Fighter 6 dan Monster Hunter 20th Anniversary!
Didedahkan melalui trailer baharu, nampaknya ada beberapa perubahan pada Battle Hub game. Terdapat dekorasi dan statue Monster Hunter untuk pemain ambil gambar bersama. Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga perisai Rathalos yang boleh dipakai pemain untuk pertarungan seterusnya! Malangnya pedang besar perisai tersebut tidak boleh digunakan.
Kolaborasi Street Fighter 6 dan Monster Hunter 20th Anniversary akan bermula pada bulan April ini. Jadi buat pemain Street Fighter 6, nantikan kemas kini untuknya nanti!
Kalau anda ingin tahu, ini merupakan kolaborasi terbaru Street Fighter 6 dengan game Capcom yang lain. Sebelum ini, kita telah melihat kolaborasi dengan game Exoprimal, Final Fight dan Mega Man. Dengan kehadiran Monster Hunter dalam game tersebut, sudah pasti kita akan melihat Battle Hub yang lebih meriah pada masa akan datang.
Selain daripada game, Street Fighter 6 juga ada berkolaborasi dengan animasi lain seperti Teenage Mutant Ninja Turtle dan Spy x Family CODE: White. Masing-masing hadir dengan kosmetik tersendiri yang boleh digunakan oleh pemain.
Street Fighter 6 sudah tersedia di PS4, PS5, Xbox Series X|S dan PC. Untuk mendapatkan segala berita mengenai game tersebut daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post