Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Stok pre-order versi fizikal Final Fantasy VII Remake mungkin akan ditangguhkan pengeluarannya!

Halamak sedihnya~

Nyny.A by Nyny.A
April 8, 2020
in Artikel, Berita, PS4
0 0
0
Stok pre-order versi fizikal Final Fantasy VII Remake mungkin akan ditangguhkan pengeluarannya!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang ramai tahu Final Fantasy VII Remake akan dilancarkan secara rasmi 10 April 2020 ini, malangnya akibat situasi yang melanda sekarang disebabkan COVID-19 yang mencetuskan Perintah Kawalan Penggerakan (PKP), sesiapa yang pre-order versi fizikal nampaknya kemungkinan besar harus menanti seketika untuk pengeluarannya kerana ianya mungkin akan Ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

Pekara ini melibatkan pihak penghantaran tidak dapat melaksanakan penghantaran pada kedai-kedai penjualan permainan video versi fizikal. Square Enix turut telah mengeluarkan notis bahawa kemungkinan akan ada masalah penghantaran akibat situasi COVID-19 yang menlibatkan penghantaran ditunda dan tetap akan menggedarkannya secepat yang boleh.

https://www.facebook.com/SquareEnixAsia/photos/a.436947397161547/621167048739580/

Kedai-kedai tempatan di Malaysia turut mengongsikan notis kemungkinan penanguhan ini akan terjadi. Dibawah adalah notis yang dikeluarkan oleh salah satu kedai tempatan yang membuat penjualan permainan yang dinantikan ini iaitu Impulse Gaming;

Lebih mendatangkan masalah, ramai pemain yang membeli versi fizikal telah membuat aduan mengenai situasi ini. Ada yang menyatakan disebabkan pekara ini telah dijangkakan berlaku, kenapa tidak membuat penghantaran pada wakil kedai rasmi terlebih awal dan ramai juga yang inginkan pemulangan duit serta menukar pembelian pada versi digital sahaja.

Final Fantasy VII Remake adalah sebuah permainan RPG yang dihasilkan oleh Square Enix yang dihasilkan semula dari permainan asal pada tahun 1997 di PlayStation. Baru-baru ini kami sempat bermain permainan Final Fantasy VII Remake ini dan telah mengongsikan reviewnya.

Sebelum ini beberapa penangguhan turut terjadi kerana pada asalnya permainan ini dilancarkan pada 3 Mac 2020 dan demonya turut dibuka pada orang ramai pada bulan lalu untuk dicuba di PlayStation 4. Jadi sekarang ini, harap agar pembeli versi fizikal untuk bersabar dan nantikan pengumuman seterusnya.

Mungkin jika ianya benar-benar ditangguhkan, cuba untuk batalkan pembelian permainan dari pre-order secara elok dan beli sahaja dalam versi digital kerana terdapat banyak lagi bonus versi digital yang menanti pemain. Atau hanya nantikan sehingga PKP secara rasmi berakhir. Ianya untuk keselamatan orang ramai juga dari dijangkiti virus yang membunuh ini. Walaubagaimanapun, kami akan kongsikan sebarang maklumat terkini dari Square Enix kepada anda mengenai pekara ini.

Muat turun di sini!
Final Fantasy 7 Remake
Developer: Square Enix
Release Date: 2020-04-10
PlayStation 4
Ambil perjalanan kembali ke 1997 tetapi kali ini berbeza dengan semua peningkatan baru dan menakjubkan dari versi REMAKE!
Tags: final fantasy vii remakeFinal Fantasy VII Remake Fizikal ditangguhkangame tangguhsquare enix
Previous Post

TEORI GS: Siapakah sebenarnya Dabi?

Next Post

Forza Street akan terus berlumba di iOS & Android pada 5 Mei!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Forza Street akan terus berlumba di iOS & Android pada 5 Mei!

Forza Street akan terus berlumba di iOS & Android pada 5 Mei!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd