Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Forza Street akan terus berlumba di iOS & Android pada 5 Mei!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 9, 2020
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC
0 0
0
Forza Street akan terus berlumba di iOS & Android pada 5 Mei!
Share on FacebookShare on Twitter

Microsoft dan pemaju Turn 10 Studios mengumumkan bahawa game mobile baru mereka Forza Street akan dikeluarkan secara percuma pada peranti Android dan iOS pada 5 Mei 2020. Pendaftaran awal untuk Forza Street hanya akan dihadkan kepada peranti Android sahaja buat masa ini.

Forza Street lets you compete in adrenaline-filled street racing anywhere you go. Keep an eye out for Android and iOS releases on May 5! 🏎️💨 #InsideXboxhttps://t.co/DuOgXGzy9r pic.twitter.com/MBPnvmSdNM

— Xbox (@Xbox) April 7, 2020

Pemain yang memuat turun dan bermain pada bulan pertama selepas pelancaran Forza Street akan menerima Founders Pack yang termasuk Ford GT 2017, mata wang dalam permainan dan kredit secara percuma. Selain itu, Forza Street telah direka khusus untuk peranti mudah alih supaya pemain dapat mengalami aksi lumba sebuah francais terkenal di mana sahaja mereka mahu. Perlumbaan di sini lebih pendek berbanding game Forza yang popular dan beberapa perlumbaan dan misi jalan cerita hanya akan mengambil masa kurang daripada satu minit.

Sudah tentu, salah satu tumpuan utama ialah untuk membeli dan menaik taraf kereta. Forza Street tidak akan menjadi simulasi yang serius seperti siri Forza utama. Namun, ia akan menawarkan banyak pilihan, daripada kereta klasik berkuasa tinggi hingga supercar moden.

https://www.youtube.com/watch?v=07TffPtB_Jg&feature=youtu.be

Pengguna Xbox Live boleh mula mengumpul koleksi di Windows 10. Semua kemajuan yang dibuat dalam permainan akan dipindahkan ke aplikasi apabila dilancarkan. Anda boleh mengakses Microsoft Store untuk Forza Street di sini. Pengguna Android juga boleh mengakses Google Play Store di sini untuk mendaftarkan diri.

Tags: AndroidForzaForza StreetiOSMobilexbox
Previous Post

Stok pre-order versi fizikal Final Fantasy VII Remake mungkin akan ditangguhkan pengeluarannya!

Next Post

Kempen Mod Single Player DISINTEGRATION didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Kempen Mod Single Player DISINTEGRATION didedahkan!

Kempen Mod Single Player DISINTEGRATION didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd