Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Stellar Blade “Censor” Beberapa Kostum EVE, Peminat Mengamuk & Lancarkan Petisyen Ubah

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 29, 2024
in ARPG, Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Stellar Blade “Censor” Beberapa Kostum EVE, Peminat Mengamuk & Lancarkan Petisyen Ubah

Kredit: SHIFT UP

Share on FacebookShare on Twitter

Game AAA sulung oleh SHIFT UP, Stellar Blade, nampaknya sedang menghadapi satu kontroversi baru apabila ramai pemain mendapati ada banyak perubahan pada beberapa kostum EVE yang dianggap sebagai usaha “censor” (penapisan) walaupun pembangun janji game ini tidak akan ditapis langsung.

Penapisan dalam Stellar Blade terbongkar apabila pemain menyedari beberapa kostum telah diubah sedikit untuk menutup bahagian EVE yang seksi selepas patch hari pertama dikeluarkan selepas pelancaran game.

What people don’t understand is that it’s not about the suits themselves, it’s about the censorship.

Stellar Blade was supposed to make a point, and it has failed miserably at it. pic.twitter.com/Boob7XRXTJ

— El Hamsterrifico (@Hamsterpilled_) April 26, 2024

Perubahan yang paling dibincangkan ialah pakaian baju renang Holiday Rabbit untuk EVE, yang kini mempunyai sehelai fabrik yang menutupi dada EVE, manakala saiz kain pada bahagian pinggul juga telah dipanjangkan.

https://twitter.com/moertomore/status/1783476221075972451

Satu lagi kostum yang hangat dibincangkan ialah kostum Cybernetic Bondage, yang kini mempunyai lebih banyak fabrik tambahan untuk menutup badan EVE.

It looks like Stellar Blade may have censored the blood splatter as well. This is so fucking disappointing. How stupid must they think we are that they could promise no censorship and we wouldn't notice all of this?

Tagging @Grummz for visibility. pic.twitter.com/XpavyFfz6V

— Aurondarklord (@auronburner) April 26, 2024

Selain daripada perubahan kostum, peminat juga mendakwa bahawa tahap keganasan telah dikurangkan dalam versi akhir, kerana versi demo mempunyai adegan yang jauh lebih berdarah seperti EVE dibasahi darah selepas membunuh bos Abanddon.

Walaupun hakikat adalah kostum-kostum ini masih sangat “mendedahkan”, ramai peminat merasakan bahawa mereka telah diperdayakan kerana pembangun SHIFT UP berjanji bahawa Stellar Blade tidak akan kena “censor” semasa dilancarkan.

Untuk melawan isu penapisan, pemain telah melancarkan petisyen serta kempen media sosial dengan hashtag #FreeStellarBlade, untuk meminta pembangun mengeluarkan kostum yang tidak ditapis. Petisyen itu kini telah memperoleh lebih 40,000 tandatangan setakat penulisan.

Kredit: Change.org

Jika korang ingin bermain dengan rupa asal yang dijanjikan, kostum original yang tidak diubah masih boleh didapati dalam versi fizikal untuk game (kerana ia masih belum melalui patch). Jika anda bermain Stellar Blade versi fizikal, janganlah anda mengemas kini game.

Tentang Stellar Blade

Game ini mengikuti perjalanan protagonis, Eve, seorang pahlawan yang datang dari Koloni luar dunia untuk mengalahkan Naytibas, musuh manusia yang tiba-tiba muncul di Bumi. Naytibas nampaknya menyerang atas kehendak entiti yang lebih tinggi yang terdiri daripada Alpha dan Elder, tetapi tiada siapa yang benar-benar tahu tentang asal usul mereka.

Eve mendapati dirinya dalam dunia yang musnah di mana dia bertemu dengan Adam, seseorang yang masih hidup yang ditinggalkan di Bumi, dan Lily, seorang ahli skuad udara sebelumnya. Bersama-sama mereka bergabung dalam pertempuran melawan Naytibas. Di sepanjang jalan, Eve bekerjasama dengan mereka yang masih hidup, yang berkumpul di bandar manusia terakhir, Xion.

Tags: censorStellar Blade
ShareTweetSend
Previous Post

Pengalaman Kami Di Jujutsu Kaisen Experience – Gabungan Anime Cafe & Kedai Merchandise!

Next Post

Quintessential Quintuplets Dapat Sekuel Anime, Kisah “Honeymoon” Selepas Finale

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Quintessential Quintuplets Dapat Sekuel Anime, Kisah “Honeymoon” Selepas Finale

Quintessential Quintuplets Dapat Sekuel Anime, Kisah "Honeymoon" Selepas Finale

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd