Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman Kami Di Jujutsu Kaisen Experience – Gabungan Anime Cafe & Kedai Merchandise!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 29, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Jom Singgah!, Kolaborasi
0 0
0
Pengalaman Kami Di Jujutsu Kaisen Experience – Gabungan Anime Cafe & Kedai Merchandise!
Share on FacebookShare on Twitter

Acara yang tidak patut dilepaskan oleh mana-mana peminat anime Malaysia, Jujutsu Kaisen Experience ialah acara pop-up Jujutsu Kaisen pertama di negara kita. Pengalaman penuh telah bermula dari 27 April dan akan berlangsung hingga 27 Julai 2024 di Pavilion Bukit Jalil, Level 3 Pink Zone (Lot 102, 103 & 58).

Dianjurkan bersama oleh ACOLAB dan ACO MEDIA, acara ini menjanjikan pengalaman terbaik untuk peminat Jujutsu Kaisen tempatan kerana semuanya telah dilesenkan 100% oleh pemegang hak cipta.

Tiba sahaja, kami masing-masing menerima kad cenderahati yang menampilkan salah satu watak dari anime tersebut. Lagu-lagu dari kedua-dua musim sentiasa dimainkan di seluruh lokasi, yang serta merta meletakkan kami dalam mood untuk mengalami segala-galanya yang ditawarkan oleh tapak itu. Pengalaman penuh terdiri daripada zon foto yang penuh dengan pop-up, kedai merchandise dan kafe kolaborasi.

Berikut adalah pengalaman kami!

Zon Foto Pop-Up

Segmen ini menampilkan lebih 5 tapak photoshoot di mana peminat boleh mengambil gambar dengan watak Jujutsu Kaisen kegemaran mereka. Walaupun tidak berskala penuh, standee yang ada adalah sama tinggi dengan ketinggian orang biasa dan padat diperbuat daripada kayu dan logam, yang bermaksud ia cukup berat dan cukup kukuh untuk kita pegang (cuma jangan terlalu kasar) tanpa perlu bimbang.

Salah satu tapak photoshoot yang benar-benar menonjol bagi kami ialah gambar Mahito sedang melakukan cursed technique-nya yang terpampang di seluruh dinding. Walaupun ia bersaiz sama dengan tapak photoshoot yang lain, pandangan jelas aura jahatnya itu benar-benar menonjolkan lagi gambar khusus ini.

Kedai Merchandise

Terletak betul-betul bersebelahan dengan zon foto, kedai merchandise pastinya berbaloi untuk korang datang ke sini, lagi-lagi jika anda seorang individu yang suka mengumpul barangan eksklusif. Dengan lebih 120 barangan eksklusif Jujutsu Kaisen edisi terhad seperti baju, rantai kunci, poster, buka nota dan lain-lain, ia adalah “syurga” untuk peminat anime.

Harga keseluruhan masih agak tinggi, tetapi seperti biasa, itu kerana kualiti dan jaminan bahawa setiap produk adalah original.

Pengumpul barang yang mempunyai lebih banyak wang untuk dibelanjakan mungkin boleh melihat beberapa figura edisi terhad, termasuk figura Satoru Gojo dan Yuji Itadori skala 1/7 .

Terdapat juga photo booth di acara di mana anda boleh mengambil beberapa gambar custom untuk dibawa pulang bersama anda. Dengan 4 design berbeza, setiap helaian gambar berharga RM20 untuk yang pertama dan RM10 untuk helaian tambahan.

Kafe Kolaborasi

Sebagai salah satu penganjur utama untuk pengalaman ini, Jujutsu Kaisen Experience bekerjasama dengan kafe Acolab yang baru dibuka dan terletak bertentangan dengan dua tarikan lain. Menu kolaborasi terdiri daripada 4 hidangan utama, 4 minuman dan 2 pencuci mulut bertemakan watak dari anime tersebut.

Kami sendiri dapat mencuba hidangan bertemakan Gojo dan Megumi dan terkejut apabila mendapati ia dihidangkan dengan butiran yang kecil dan penuh perhatian untuk pengunjung, seperti nacho dalam menu Megumi yang mempunyai gambar serigala shikigami.

Secara amnya, kami mendapati barangan kafe berharga berpatutan untuk pengalaman makan penuh bersama watak Jujutsu Kaisen kegemaran anda.

Pendapat

Secara keseluruhan, Jujutsu Kaisen Experience dianjurkan terutamanya untuk memuaskan selera peminat anime, di mana peminat baru untuk siri ini akan memanfaatkan sepenuhnya masa mereka di sana tanpa rasa takut untuk mengalami sebarang spoiler daripada manga.

Walaupun anda tidak ada niat untuk pergi ke tarikan lain, kedai merchandise wajib dikunjungi oleh peminat tegar demi mendapatkan barangan eksklusif berkualiti tinggi.

Jika ada bercadang untuk pergi ke acara, berikut adalah pakej tiket:

  • RM20 Souvenir Package
    • x1 Kemasukan Zon Foto
    • x1 Kad Cenderamata
    • x1 Minuman Jujutsu Kaisen
    • x1 Coaster
  • RM40 Souvenir Package
    • x1 Kemasukan Zon Foto
    • x1 Kad Cenderamata
    • x1 Hidangan Utama Jujutsu Kaisen
    • x1 Kad “Collectible”
    • x1 Kad “Chop Collection”
  • RM70 Souvenir Package
    • x1 Kemasukan Zon Foto
    • x1 Kad Cenderamata
    • x1 Set Makanan Jujutsu Kaisen (x1 Hidangan Utama, x1 Minuman & x1 Pencuci Mulut)
    • x1 Coaster
    • x2 Kad “Collectible”
    • x1 Kad “Chop Collection”

*Hadiah percuma akan disediakan berdasarkan makanan dan minuman watak yang dipilih.

Anda boleh beli tiket di SINI!

Baca segala berita kami tentang Jujutsu Kaisen di SINI.

Tags: Jujutsu KaisenJujutsu Kaisen Experience
ShareTweetSend
Previous Post

Info Baru Hunter x Hunter: Nen x Impact, Serta Imej Rasmi!

Next Post

Stellar Blade “Censor” Beberapa Kostum EVE, Peminat Mengamuk & Lancarkan Petisyen Ubah

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Stellar Blade “Censor” Beberapa Kostum EVE, Peminat Mengamuk & Lancarkan Petisyen Ubah

Stellar Blade "Censor" Beberapa Kostum EVE, Peminat Mengamuk & Lancarkan Petisyen Ubah

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd