Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Steam Next Fest menampilkan beratus-ratus game PC baru dari pelbagai genre!

Amir Haziq by Amir Haziq
June 17, 2021
in Acara, Genre, Pameran/Expo, PC, Platform, Steam
0 0
0
Steam Next Fest menampilkan beratus-ratus game PC baru dari pelbagai genre!
Share on FacebookShare on Twitter

E3 2021 akhirnya sudah sampai ke penamatnya, dan terlalu banyak game menarik telah dikongsikan semasa acara itu. Sekarang kita menyaksikan Steam Next Fest yang berlangsung bermula 17 hingga 23 Jun ini, yang mempersembahkan beratus demo game, serta berbual dengan para pembangun untuk mengetahui game mereka.

Steam Game Festive telah ditukar nama asalnya, kepada Steam Next Fest untuk menyampaikan fokus acara mereka secara terus. Acara ini akan berkongsikan beratus-ratus demo game dari pelbagai genre, seperti Action, Adventure, RPG, Puzzle, Platform dan Strategy. Jadi kami kongsikan beberapa senarai game menarik yang ada semasa acara Steam Next Fest.

Berikut adalah senarai game menarik yang bakal tiba di Steam Next Fest:

Omno

Omno merupakan game single player yang membawa pemain ke pengembaraan dunia kuno yang penuh dengan teka-teki, rahsia dan rintangan yang perlu diatasi. Anda akan melalui jalan hutan, padang pasir, tundra serta langit dengan grafik yang sangat ringkas, tetapi cukup menarik!

Sable

Sable membawa pemain ke sebuah perjalanan di sebuah kawasan padang pasir yang luas dengan menunggang Gliding. Game ini dibangunkan oleh studio Shedworks dan diterbitkan oleh Raw Fury, serta ianya bakal dilancarkan ke Steam bermula 23 September ini.

Rogue Spirit

Rogue Spirit diilhamkan oleh budaya serta mitologi Jepun dan Asia tenggara dan merupakan permainan 3D rogue-lite action yang berwarna-warni dengan elemen stealth ringan. Pemain akan bermain sebagai mendiang Putera Midra yang mampu memasuki tubuh musuh dan menggunakan kemahiran mereka sebagai kelebihan untuk menentang kuasa jahat dari mengganggu desa, hutan dan hidupan lain.

Permainan ini akan menampilkan 20 jenis watak dengan pelbagai kemampuan, senjata dan gaya permainan. Rogue Spirit juga memiliki 10 jenis level dan 5 biomes di akses awal pelancaran. Anda perlu menggunakan kemahiran musuh secara strategik untuk mengatasi cabaran permainan, dan untuk maju ke level seterusnya.

Warhammer 40,000: Battlesector

Warhammer 40,000: Battlesector membawa pemain ke strategi pertempuran turn-based dengan pertarungan pantas di era Millenium ke-41. Game ini merupakan salah satu dari francais siri Warhammer yang dibangunkan oleh BlackLab Games. Anda boleh memuat turun demo game ini di Steam dan game penuh akan dilancarkan pada 16 Julai ini.

Project Haven

Project Haven merupakan game strategi taktik skuad yang berlaku di jalan-jalan bandar terakhir. Anda perlu memimpin pasukan Steel Dragons, iaitu kru tentera upahan yang sangat hebat dalam misi berisiko tinggi. Dalam game ini juga, pemain boleh membeli dan mendapatkan pelbagai peralatan serta senjata canggih untuk dibawa ke medan perang. Anda boleh bermain Project Haven secara solo atau bersama 2 hingga 4 pemain.

YS IX: Monstrum Nox

YS IX: Monstrum Nox merupakan game perspektif third-person RPG yang dibangunkan oleh Nihon Falcom. Game ini telah dilancarkan untuk konsol PS4 pada tahun 2019, dan bakal hadir ke platform PC serta Nintendo Switch pada bulan Julai 2021.

Game ini memberikan anggota parti mempunyai kebolehan traversal, yang dipanggil sebagai Monstrum Gift untuk meluncur dan berjalan di dinding. Pemain boleh menuju ke setiap tempat dan mencari rahsia tersembunyi di kota Balduq dan dungeon dengan kebolehan ini.

They Always Run

They Always Run merupakan sebuah game platformer 2D, dimana pemain akan bermain sebagai Aidan, iaitu makhluk mutant yang mempunyai 3 tangan dalam pemburuan merbahaya di galaksi. Anda perlu menangkap, menyembelih dan memusnahkan setiap musuh yang ada di setiap perjalanan.

Jadi jangan lupa untuk menonton Steam Next Fest yang sudah pun bermula malam ini untuk mengetahui info menarik dari game yang akan tiba di Steam!

Tags: pc gamessteamSteam Next Fest
Previous Post

Godzilla Battle Line kini tersedia bersama visual baru kolaborasi Anime “Godzilla Singular Point”!

Next Post

GTA Online akan tamatkan perkhidmatan untuk PlayStation 3 & Xbox 360 pada hujung tahun ini!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Cygames Umum Label Indie ‘CygamesEdge’ Serta Game Sulung ‘Where the Seeds Fall’
Indie

Cygames Umum Label Indie ‘CygamesEdge’ Serta Game Sulung ‘Where the Seeds Fall’

September 4, 2026
Next Post
GTA Online akan tamatkan perkhidmatan untuk PlayStation 3 & Xbox 360 pada hujung tahun ini!

GTA Online akan tamatkan perkhidmatan untuk PlayStation 3 & Xbox 360 pada hujung tahun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd